Sesungguhnya setiap yang bermula pastinya akan berakhir. Begitu juga dengan tempoh percutian Achik Julie (Ibu Saudara Acoy) dari Jerman akhirnya sampai ke penghujungnya. Di sini saya siarkan gambar-gambar Achik Julie sekeluarga pada hari-hari akhir sebelum berangkat pulang ke Jerman. Kami pasti merindui Achik. Entah bila pulak saya berpeluang untuk bercuti di sana. Achik kalau tak silap saya tinggal di Heidelberg, Germany. Mesti best kalau dapat ke sana. Yang dah ke sana baru Mak Usu dan Wan. Inilah gambar-gambar untuk tatapan semua.
30 Ogos 2008
30 Ogos 2008
Kami bergambar beramai-ramai di hadapan rumah Mak di Pancor
Daniel sudah mula menunjukkan reaksi sedihnya kerana tinggal sehari sahaja lagi sebelum mereka berangkat pulang ke Jerman.
1 September 2008
9.00 Malam
Lapangan Terbang KLIA
Danish bergambar bersama Daniel
Nira, Danish, Saya, Daniel dan Kassim
Nira, Danish, Acoy dan Daniel.
Danish duduk sambil menikmati french fries Mc Donald.
Saya dan Nira
Apa agaknya yang dibincangkan oleh si Kassim dan si Danish tu?
Suasana sayu menyelubungi hati kami tatkala melihat Achik berlalu pergi.
Daniel tidak henti-henti melambai kami sehingga hilang dari pandangan.
Wan turut sayu menyaksikan anaknya, dan cucu-cucunya berangkat pulang ke Jerman tanpa dapat dipastikan bila lagi akan dapat ketemu agaknya.
C'iest Lavie buat Achik Julie, Uncle Uwe Morris, Anna Zanira dan Daniel Hasani. Semoga bertemu kalian lagi di lain masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan