Selasa, 27 Januari 2009

Atuk Masuk Wad !!!!

Atuk yang sudah lama berasa kurang sihat ekoran pening-pening kepala yang berpunca daripada pembedahan mata yang pernah dijalankan di Klinik Bahau sebelum ini, telah dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah. Dilaporkan bahawa mata kiri atuk kian membengkak. Menurut Atuk, berkemungkinan akan melalui satu lagi pembedahan atau jika tidak mata atuk ini mengalami risiko yang boleh mengakibatkan matanya ini terpaksa dibuang.

Difahamkan jika atuk masih lagi lagi menanggung kesakitan selepas beberapa siri ujian dijalankan, maka pembedahan susulan terpaksa dijalankan. Namun ini semua masih diperingkat pemeriksaan.

Segala maklumat ini diperolehi ketika saya, Acoy, Dayah, Danish dan Dhafir melawat Atuk di Wad 7 Cempaka, di Hospital Kuala Pilah pada 27 Januari 2009 pada jam 1.30 petang. Setibanya kami di sana, di dapati yang Mazli, Mimi dan anak-anaknya telah lebih awal tiba di wad berkenaan. Dan tidak lama kemudian, ibu saya, Wan, Busu dan Mak Usu pula telah tiba di wad dari kampung Tanah Baru.

Adalah dengan ini kami berdoa agar Atuk cepat sembuh dan boleh kembali menjalani rutin harian dengan lebih sihat dan ceria.

Isnin, 19 Januari 2009

Majlis Perkahwinan Yazid (Jebon) & Nawal (Intan) di Bukit Rokan.

Selamat Pengantin Baru
Ikhlas Buat

Mohd Yazid Zailan (Jebon)
&
Nawal Salwani Hashim (Intan)

18 Januari 2009

Tahniah diucapkan buat Jebon dan Intan. Percintaan yang terukir sejak sekian lama akhirnya berkesudahan di gerbang perkahwinan. Kami mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anda sekeluarga semoga kebahagiaan mengiringi anda hingga ke akhir hayat. Jebon yang mencintai Intan sejak sekian lama mengenali Intan selaku gadis yang agak pendiam tetapi mesra ini sejak tahun 2003.

Jebon yang kini berumur 26 tahun mengesahkan bahawa beliau mulai mengenali Intan yang kini berjaya menawan hatinya sejak tahun 2003. Perkenalan yang direncanakan oleh rakan-rakan Jebon ini membuka hati mereka untuk menjadi pasangan hidup selamanya. Perkenalan awal mereka bermula di suatu hari di suatu tempat yang bersejarah buat mereka iaitu di Terminal 1, Seremban.

Intan yang berumur 25 tahun berasal dari Kg Gemetir, Tanjung Ipoh ini boleh mengingati saat mereka berjanji untuk bersama memadu kasih dan sayang, susah dan senang bersama iaitu pada tanggal 27 Mac 2003.

Alhamdulillah mereka telah pun bertunang pada Februari 2006 dan bernikah pada Disember 2008. Pada 18 Januari 2009 baru-baru ini kami telah sempat hadir ke Majlis Perkahwinan mereka di Felda Bukit Rokan.

Selamat Pengantin baru sekali lagi....!
Beginilah rupa Pelamin yang menjadi singgahsana Raja Sehari.
Jebon sempat mengajak tetamu-tetamu agar makan bersama.
Kedua-dua mempelai ketika berada di meja santapan Raja Sehari.
Kelihatan Mak Andak ketika berdiri di sebelah Meja Santapan Raja Sehari.
Kelihatan juga Pak Lang, Atam dan Cik Ujang ketika menyambut tetamu.
Antara ahli keluarga yang hadir.
Kelihatan Mak Long Limah, Mak Lang Zaiton, Farah, Ibu saya, Wan dan Mimi.
Pasangan bergambar di atas pelamin.
Satu lagi pose istimewa dari Pengantin

Selepas daripada majlis ini selesai, satu mesyuarat khas Hari Keluarga 2009 telah diadakan. Insya Allah sebagai Setiausaha saya akan maklumkan perkembangan serta keputusan yang diambil dari mesyuarat berkenaan.

Sekian dan Terima Kasih.

Laporan oleh : Yat / Noi

Kereta Baru Acoy & Yat

Akhirnya pada 15 Januari 2009, kereta impian kami iaitu Nissan Grand Livina tiba di perkarangan rumah kami. So, bersama-samalah kita berkongsi melihat rupa paras kereta baru kami ini. Dah hampir setahun kami merancang untuk membeli kereta ini akhirnya menjadi kenyataan.
Gambaran dari tepi
Kelihatan No plat kenderaan tertera NCE 43. Bersempena dengan alamat rumah kami Jalan No 4, Rumah No 3.
Gambaran dari belakang
Gambaran dari sisi. Kenderaan ini lengkap dengan Aerokit 'Air Master'.
Tayar bersaiz 17" dengan sport rim berjenama "Lavinheart"

Gambaran dari bahagian hadapan

Ini paparan interiornya pulak.





So terpulanglah kepada anda nak komen. Kerana inilah kereta terbaik yang pernah kami miliki.

Ikhlas dari : Yat

Menjamu Selera di Restoran Kayu Manis.

Pada 17 Januari 2009, Saya, Acoy, Mak Acoy, Wan Sungai Buluh, Kakak (kembar), Danish, Dhafir telah berkunjung ke rumah bapa mertua Apak Sidek di Seksyen 17 Shah Alam. Lawatan ini bersempena kelahiran Putera Bongsu Apak Sidek. Alhamdulillah, kami telah tiba di stesyen minyak Shell di Seksyen 17 tepat jam 4.00 petang. Pak Induk dan Induk telah menanti kami di sana. Tidak lama kemudian Mak usu turut tiba untuk menyertai lawatan ini.

Selepas lawatan selesai, tepat jam 5.00 petang kami semua telah bergerak menuju ke Bukit Jelutong, untuk berehat di rumah Mak Usu.

Hah hah hah. Tetapi, bukan ini tujuan utama artikel ini dikarang. Kerana selepas dari itu, ada event yang lebih hangat untuk dikongsi. Iaitu event makan sampai kenyang!!! Selepas itu kami semua telah berangkat beramai-ramai ke Restoran Kayu Manis, di Bukit Jelutong. di sana kami telah menjamu selera dengan sepuas-puasnya. Kalau tak caya mari kita lihat bagaimanakah makanan-makan tersebut di'kerjakan'.....
Inilah gambaran hadapan Restoran Kayu Manis ini.
Kakak dan Nabila (anak buah saya) sedang sabar menanti makanan tiba.
Induk dan Mak Usu yang ceria menanti santapan.
Hah tu dia dah sampai dah. Dari kiri; Keladi masak apa entah, kailan ikan masin dengan Prawn Butter. Pergghh sedap gilerr!
Tanpa berlengah lagi setiap makanan disambar!
Perhatikan betul-betul, bagaimana indahnya, begitulah sedapnya!
Prawn Butter ni, bau dia pun dah mengasyikkan.
Kailan ikan masin ni, rangup dan sedap.

Ini roti bun. Tau tak cecah dengan apa? Tunggu selepas ini....
Hah ini dia ikan masak asam. Sekejap je, macam ikan piranha. yang macam piranha bukan kat tengah tu, tapi yang kat keliling ikan tu!
Hah ini ketam masal berlada. Pergghh lagi power. Tak dapat nak kata apa dah!
Afiq dengan penuh bersemangat berusaha mencapai ketam.
Suasana meriah di dalam Restoran Kayu Manis.
Mak Usu berposing dengan Ketam yang dijamahnya.Tapi nampak Induk macam tak puas hati je!!! Ketam tak cukup ke?
Mak Mertua saya pun turut berselera menyambar ketam.
Inilah produk akhir di pinggan Acoy setelah kesemua makanan diselesaikan.
Ini pinggan Mak Usu dengan Induk.
Ini lauk kat tengah tadi. Selesaiii!!!!

Alatan yang digunakan untuk makan ketam, pencungkil, penyepit dan penukul.
Acoy bergambar bersama Iqbal dan Pak Induk selepas kekenyangan.
Pak Induk dan keluarga merakamkan gambar kenangan.
Gambar ceria Danish di Restoran Kayu Manis.
Cuba teka yang mana satu Induk? Sila bulatkan..... heh heh heh.
Setelah selesai Mak Usu membuat pembayaran, kami pun bersiap-siap untuk pulang.
Dhafir turut ceria ketika sebelum pulang meninggalkan Restoran Kayu Manis.


Memang sedap gila makan kat sana. Terima kasih banyak buat Mak Usu yang telah sudi belanja kami makan di sana.

Sekian dan Wassalam.

- YAT -