Khamis, 1 Januari 2009

Alan anak Pak Andak Kemalangan !!!!

1 Januari 2009 (Seremban) - Pada 28 Disember 2008, Alan (sepupu saya) iaitu anak Pak Andak telah terlibat di dalam satu kemalangan motosikal. Alan dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian tumit kaki kanannya. Beliau dilaporkan menghadapi kemalangan di Jalan Kg Pertama, di Pulau Pinang ketika beliau di dalam perjalanan untuk makan di sebuah Restoran Tom Yam di Kampung berkenaan kira-kira jam 1.30 petang. Kemalangan itu dikatakan bermula apbila beliau sedang membelok ke kanan ke Jalan masuk Kampung berkenaan. Malang tidak berbau, maka dengan tiba-tiba sebuah motosikal telah melanggar beliau ketika cuba memotong motosikal Alan. Alan yang cedera terus dikejarkan ke Hospital berdekatan.

Setelah itu, lebih kurang jam 4.00 petang, Alan telah menelefon ibunya (Mak Andak) di Seremban bagi memaklumkan insiden yang telah menimpanya. Setelah serangkap dua 'lecture' diberikan, Mak Andak dan Pak Andak dengan penuh naluri keibuan dan kebapaan terus berkejar ke Pulau Pinang bagi memastikan keadaan sebenar anaknya. Mak Andak dan Pak Andak dilaporkan tiba di Hospital di Pulau Pinang kira-kira jam 12.30 malam. Pada ketika itu Doktor di sana baru sahaja hendak mencuci luka yang dialami oleh Alan.

Mak Andak dan Pak Andak terus sahaja menguruskan perpindahan Alan dari Pulau Pinang ke Seremban bagi memudahkan mereka menjaga Alan. Setibanya di rumah, Kaki Alan mengalami pendarahan. Pendarahan yang agak serius ini membuatkan Pak Andak mengambil keputusan untuk menghantar Alan ke hospital. Alan terus dimasukkan ke dalam Wad 5A di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Alhamdulillah keadaan Alan agak stabil sekarang, cuma kelihatan agak muram mungkin akibat terkejut dan 'trauma' dengan insiden yang dialaminya. Kata Alan "sepanjang pemanduan motosikal, beliau belum pernah lagi terlibat dengan kemalangan seperti ini". Inilah yang dikatakan malang tidak berbau.

Saya, Acoy, Noi, Dayah, Mak, Atuk dan Wan telah melawat Alan di Wad 5A dan terkejut mendengar berita kemalangan ini. Saya juga merasakan bahawa berkemungkinan Alan akan mengambil cuti bagi semester ini di UiTM memandangkan keadaan kesihatan beliau ini. Akhir kata kami mendoakan agar Alan cepat sembuh agar dapat meneruskan pengajiannya. Kepada Pak Andak dan Mak Andak bersabarlah, mungkin inilah yang dikatakan ujian dan dugaan daripada Allah.

Sekian dan Wassalam.

- Dilaporkan oleh : Ungku Norhayati (Noi) -


Beginilah keadaan kaki Alan semasa di Hospital Pulau Pinang selepas dijahit.
Kelihatan kecederaan yang agak serius di bahagian tumit Alan
Kecederaan seperti ini mekan masa beberapa bulan sebelum Alan boleh berjalan seperti biasa.
Kaki Alan dilaporkan menerima 18 jahitan.
Inilah dia Wad 5A di mana Alan ditempatkan buat masa ini.
Danish dan Dhafir bergambar semasa tiba di Wad 5A
Beginilah keadaan terkini kaki Alan semasa terlantar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Atuk dan Wan mendengar penerangan lanjut dari Dayah (nampak tangan aje) tentang macamana insiden ini boleh berlaku.
Atuk menyatakan kalau Alan di Pulau Pinang pun Atuk sanggup datang melawat.
Danish dan Dhafir turut tidak ketinggalan menyertai lawatan ke Hospital ini.
Dhafir comel comel....

Tiada ulasan: