Rabu, 30 November 2011

Jom Singgah Makan Durian!!!

Pada 28 November 2011, suami saya bersama ibu mertua saya, Mak Long Samsiah, Mak Usu, Along Naza, Kak Long Diza, Apak Sidek dan Wan Asiah telah pulang ke Kg Sungai Buloh, sebaik sahaja menerima berita kembalinya Cik Aziz (jiran rapat di rumah Wan Sungai Buloh). Mereka tiba di Kg Sungai Buloh, Jelebu kira-kira jam 11.00 pagi. Sebaik sahaja selesai ziarah kesemua mereka singgah untuk makan tengahari di Kg Juntai, Jelebu.

Dan, di dalam perjalanan pulang ke Seremban, kesemua mereka sempat pula singgah untuk mencuba durian di sebuah gerai tepi jalan selepas simpang masuk ke Sekolah Petaseh. Ada yang sedap, ada yang pahit, dan ada juga yang tawar. Cuma dapat juga kata mereka melepaskan gian.

Jom sama-sama kita tengok gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan!

Mak Usu, Mak Long dan Mak Lang (ibu mertua saya) sedang menikmati durianSuasana di meja makanAntara durian yang telah tersedia menanti untuk dibelah!Suasana dari luar geraiKeadaan di atas meja semasa menikmati buah durianDalam bungkusan plastik tu, jeruk petai yang dibungkus oleh Mak UsuApak Sidek berselera betul! Tapi, sampai Seremban je terus perut dia senak!!Mak Long yang menung selepas terkena penangan durian! Inilah saki baki yang tinggal!!!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Rabu, 23 November 2011

Konvokesyen Tabika KEMAS Pancor di Star Fresh Agro Park

11 November 2011, Seremban : Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS Pancor telah berlangsung dengan meriahnya dengan majlis nya diadakan secara gilang-gemilang bertempat di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Norzizi selaku wakil kepada Penolong Pegawai KEMAS yang tidak dapat hadir ke majlis ini.

Dengan diketuai oleh suami saya (Syamsul Amri bin Hj Ismail) selaku Pengerusi Tabika KEMAS Pancor bagi tahun ini majlis ini telah berlangsung dengan lancar dengan dibantu oleh barisan Jawatankuasa Tabika KEMAS Pancor.

Anak-anak kami iaitu Danish Amri dan Dhafir Amri telah terlibat selaku pelajar bagi tahun 2011 ini. Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.

(Maaf, terdapat beberapa gambar yang bergegar ekoran daripada masalah teknikal pada flash kamera. Segala kesulitan didahului dengan ucapan maaf. Terima kasih). Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)