Isnin, 25 Mei 2009

Majlis Kahwin Member Acoy di Port Dickson !

Mohd Hanafiah ataupun lebih mesra dengan panggilan OUK di kalangan rakan-rakan kampung, akhirnya mengakhiri zaman bujangnya dengan Rafidah gadis dari Kg Pandan, Kuala Lumpur. Saya selaku rakan sepermainan bolasepak dan sepaktakraw beliau sejak dari bangku sekolah lagi tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan beliau ini.

Majlis perkahwinan beliau berlangsung cukup meriah dengan suasana Bollywood yang pastinya tidak pernah dapat dibayangkan oleh kami selaku rakan-rakan beliau.

Majlis berlangsung mulai jam 1.00 petang 24 Mei 2009 di Dewan Convention, Hotel Glory Beach Port Dickson. Majlis ini dihadiri lebih 1,000 orang jemputan.

Saya dan keluarga dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Hanafiah dan keluarga. Steady lah Ouk! Memang grand majlis kahwin kau!!

Gambar Pengantin ibarat "Pinang DiBelah Dua"
Dewan Convention Hall, Glory Beach, Port Dickson, sebelum ketibaan orang ramai

Orang ramai mulai masuk ke dalam Dewan

Tempat duduk di hadapan mulai penuh

Pasangan Pengantin diiringi kumpulan pemuzik ala "scottish" daripada Kuala Lumpur

Orang Ramai yang memenuhi Dewan tidak sabar untuk melihat wajah Pengantin Baru dari dekat

Tetamu yang hadir semakin ramai

Akhirnya Pengantin Baru sampai dan melalui dengan penuh sabar di laluan utama

Pasangan Pengantin melangkah naik ke atas Pelamin

Pasangan Pengantin bersanding dengan penuh bergaya
Saya bergambar bersama En Safa'in (Cik Pie)

Dari kiri: Ibu Mertua saya, Isteri saya dan Ibu saya yang turut hadir ke Majlis Perkahwinan yang gilang-gemilang ini.
Hanafiah sempat menjeling ke arah isterinya

Pasangan ini sabar bersanding di atas pelamin
Imam Surau Pancor, En Nasuludin (Cin Atan) membacakan Doa Selamat
Abang dan Ibu kepada Hanafiah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada sekelian tetamu yang hadir
Pasangan Pengantin di ruang makan utama

Majlis dihiburkan dengan Kumpulan Tarian "Bhangra" yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.
Disediakan oleh : ACOY

Happy Birthday Dhafir Amri ( 2 Tahun ) !!

Satu Majlis Sambutan Hari Lahir anak kami iaitu Dhafir Amri bin Syamsul Amri telah diadakan pada 16 Mei 2009 bertempat di Rumah Rakyat Pancor (Rumah Mak Acoy). Majlis yang diadakan dalam suasana yang meriah ini turut dihadiri oleh Wan, Mak Acoy, dan sekelian bapa-bapa saudara (adik-adik Acoy). Dengan ini, maka genaplah 2 tahun umur anak kami yang kedua. Danish turut sama di dalam majlis memotong kek Dhafir ini.

Danish bergambar di Restoran Mc Donald pada malam sebelum ulangtahun kelahiran Dhafir di Senawang

Danish & Dhafir telah bersiap sedia di hadapan kek yang terhidang

Masih lagi bersabar di hadapan kek khas untuk Dhafir

Kek yang didatangkan khas daripada "Secret Recipe"

Akhirnya 'birthday boy' meniup lilin kek hari lahir nya.

Dhafir dengan gaya memotong kek Hari Lahirnya


Inilah wajah kedua-dua anak kami. Danish Amri bin Syamsul Amri kini telah berumur 3 tahun dan 4 bulan. Manakala Dhafir Amri bin Syamsul Amri kini sudah genap 2 tahun. Semoga hidup kami akan terus bahagia bersama-sama telatah dan karenah mereka berdua. Mudah-mudahan...
Disediakan oleh : YAT

Danish & Dhafir di A & W

Telatah Danish Amri dan adiknya Dhafir Amri yang sempat dirakamkan di Restoran A&W Seremban. Suasana petang yang nyaman itu menjadikan selera kami menikmati ayam goreng di A&W begitu terbuka.
Dhafir cuba mengesat peluh abangnya
Masih mencuba mengelap sampai ke telinga Danish

Beraksi dihadapan Taman Tasik Seremban

Danish bergaya ala menghadiri konvokesyen
Disediakan oleh : EDITOR BLOG

Danish & Dhafir di Batu Kikir !

Pada 1 Mei 2009, Danish dan Dhafir telah berkesempatan pulang ke Kampung kelahiran ayahnya di Kg Ayer Dedali, Batu Kikir. Di Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir, Danish dan Dhafir telah sempat merakamkan gambar kenangan di desa tercinta!
Dhafir mengambil gambar secara solo !
Dhafir bersama ibu saudaranya yang datang dari Klang

Danish bersama-sama ibu-ibu saudara yang nampak lebih kurang sebaya


Atuk Saiful kelihatan sedang membaca akhbar di belakang!

Disediakan oleh : EDITOR BLOG

Danish & Iqbal di Sukan Menunggang di Seremban !

Pada 1 Mei 2009 yang lalu, Danish dan Iqbal (anak saudara Acoy) telah terpilih untuk menyertai acara sukan bebas (sukan menunggang) yang berlangsung di Seremban Parade, Seremban. Acara ini memerlukan kekuatan dan ketahanan mental memandangkan aksi yang diperlukan melibatkan keseimbangan badan serta keupayaan mengawal beberapa ekor binatang yang bakal ditunggang. Danish dan Iqbal diberi peluang memilih sendiri binatang-binatang yang ingin ditunggang!
Kelihatan Iqbal sedang warming up sebelum bersedia menjalankan aktiviti sukan Wajah Danish & Iqbal yang sudah tidak sabar-sabar ingin bersukan menunggang....
Akhirnya mereka berjaya menyertai sukan menunggang ......... sukan ini berlaku spontan apabila mereka berlumba sesama sendiri di trek yang baru dibina.
Mereka juga bebas untuk menunggang ........... ke mana sahaja asal tidak membahayakan pengguna-pengguna yang lain.

Mari kita lihat aksi mereka!!!!






Dilaporkan oleh : EDITOR BLOG