Rabu, 27 Oktober 2010

Kembara Pangkor 2010 : Perjalanan Menuju Ke Pulau Pangkor!

Satu Bengkel Perlaksanaan Operasi Sitaan mengikut Seksyen 147, 148 dan 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah diadakan pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010 bertempat di Coral Bay Resort, Pulang Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Firma Guaman, Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co.
.
Perjalanan bermula kira-kira jam 10.30 pagi dari Nilai. Saya memandu sendiri kereta saya daripada Nilai hingga ke Lumut. Kami hanya singgah sebentar di Kuala Selangor kerana Aziz (suami Ruhi) ingin mengisi minyak keretanya di sana. Kami tiba di Jeti di Lumut kira-kira jam 3.00 petang.
.
Yang turut sama menyertai kursus ini adalah saya, Mazlan (penguatkuasa), Hasnor (penguatkuasa), Halim (penguatkuasa), Ruhiyati (Pengarah Kewangan MPN), Sazira (Penolong Akauntan MPN), Anizah (Pembantu Penilaian MPN) dan Sazalina (Pembantu Penilaian MPN).
.
Kursus / Bengkel ini benar-benar menarik perhatian memandangkan ia berkait rapat dengan tindakan dan perlaksanaan penguatkuasaan cukai taksiran di PBT masing-masing.
.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta, secara keseluruhannya ialah:
.
1. En. Nazri Aznan (MP Manjung)
2. En. Md Hazmi Hj Shahari (MP Kuala Kangsar)
3. En. Zainal Abidin Shaari (MP Kuala Kangsar)
4. En. Mohd Taqiudin Azizan (MD Pengkalan Hulu)
5. En. Ahmad Sarizi Ismail (MD Pengkalan Hulu)
6. En. Abdul Hamid Abdullah (MD Kerian)
7. En. Hanafi Osman (MD Kerian)
8. En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (MP Nilai)
9. En. Hasnor Effendi Amirullah (MP Nilai)
10. En. Mazlan Muhammad (MP Nilai)
11. Pn Ruhiyati Idayu Mohd Jali (MP Nilai)
12. Pn Nor Sazira Md Sawal (MP Nilai)
13. Pn Aniza A. Jabbar (MP Nilai)
14. Pn Nor Sazalina Mohd Zain (MP Nilai)
15. En. Abd Halim bin Abu Bakar (MP Nilai)
16. En. Hishamudin Ismail (MD Kuala Langat)
17. Pn. Norhasnizah Hj Hassan (MD Kuala Langat)
18. Pn. Nur Qurshiah Azhari (MD Kuala Langat)
19. Cik Maznah Muridan (MD Kuala Langat)
20. En. Mohd Amry bin Rakiman (MD Kuala Langat)
21. En. Mohd Effendy Saidin (MD Kuala Pilah)
22. En. Mohd Rizal Mohd Nor (MD Kuala Pilah)
.

Setibanya di Lumut, kami singgah sebentar untuk makan

Mazlan termenung sebaik sahaja selesai merokokSaya ketika selepas selesai makan
Hasnor dan isteri melayan anak mereka, Rayyan
Suasana santai selepas penat berjam-jam dalam kereta
Terpancar wajah yang kepenatan
Ini pulak suasana ketika dalam Feri
Ini suasana ketika di dalam van menuju ke Coral Bay Resort
Halim dan Mazlan
Hasnor dengan pelbagai gaya mengambil gambar
Suasana dirakamkan dari tempat duduk hadapan
Hasnor ketika di lobi Hotel
Sebaik sahaja selesai pendaftaran semua bergegas menuju bilik masing-masing

Ini beberapa gambar yang dirakamkan dari dalam bilik










.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Kembara Pangkor 2010 : Hari Berkursus

Setelah penat berkursus pada 20 dan 21 Oktober 2010, saya telah memohon urusetia membenarkan agar kelas dihabiskan pada sebelah siang kerana pada sebelah malam kami semua bercadang untuk bersiar-siar di sekitar Coral Bay Resort. Alhamdulillah permintaan kami telah diperkenankan. Apa lagi secara ber'jemaah' kami bersiar-siar di kawasan persekitaran.
.
Tak adalah apa-apa yang menarik sangat, tapi kami sempatlah berjalan sampai ke Resort bersebelahan menikmati suasana serta dapat jugalah menonton 'band' yang kebetulan membuat persembahan.
.
Almaklumlah malam last. Sebab esoknya hari terakhir kursus, so malam ni bolehlah relaks-relaks, jalan-jalan..... walaupun tak ada apa-apa pun sebenarnya...
.
Di pintu masuk Puteri Bayu Beach Resort
Bergambar beramai-ramai
Gambar kenangan di bukan Hotel penginapan sendiri!!
Lagi gambar dirakamkan
Suasana keesokan hari sebaik sahaja kursus bersambung

Mr Anand memberikan penerangan
Para peserta mendengar dengan fokusMr Anand memberi penerangan dengan cukup jelas dan terang
Saya ketika menerima sijil ketika majlis penutup program

Giliran Ruhi pula menerima sijil
Aniza daripada Jabatan Penilaian MPN
Sazira daripada Jabatan Perbendaharaan MPN
Sazalina daripada Jabatan Penilaian MPN
Cik Maznah dari MD Kuala Langat
Pn Nur Qurshiah daripada MPD Kuala Langat
Mohd Amry Rakiman dari MD Kuala LangatPn Norhasnizah Hassan juga daripada MD Kuala Langat
Ruhi gembira sebaik sahaja tamat kursus
Bergambar kenangan di perkarangan Coral Bay Resort, Pangkor
Lagi gambar kenangan. Dari kiri: Halim, Hasnor, Rayyan (didukung), Asamahana (Isteri Hasnor), Ruhiyati Idayu, Aziz, Nazri Aznan (MP Manjung), Effendy Saidin (MD Kuala Pilah), Rizal (MD Kuala Pilah) dan Mazlan Muhammad.
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Kembara Pangkor 2010 : Selesai Kursus

Sebaik sahaja selesai kursus, kami semua diarahkan untuk check-out sebelum jam 12.30 tengahari atau jika tidak kami akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 50 sejam. Oleh yang demikian kami bergegaslah mengemas barang dan terus sahaja check-out. Sebaik sahaja check-out kami sempat menikmati makanan tengahari sebelum meninggalkan hotel.
. Suasana selepas makan
Sambil-sambil tu, masing-masing merencanakan perjalanan selepas ini
Halim yang dah mula tidak sedap badan
Saya turut sama menyertai perbincangan, sambil Ruhi leka mengerjakan hidangan
Fendy dan Rizal dari MDKP yang turut sama menyertai kamiHalim yang sudah bersiap sedia meninggalkan Hotel Bergambar la dulu sebelum balik!
Bergambar di perkarangan Coral Bay Resort
Mula menaiki van sebelum memulakan perjalanan bersiar-siar di Pulau Pangkor
Ikutkan saya, malas nak berjalan sebenarnya sebab dah pernah. Tu yang muka 'jem' sekejap tuh!!
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)