Isnin, 11 Oktober 2010

Ziarah Raya di Rumah Helmi & PUU MPS

Pada 9 Oktober 2010, kami sekeluarga telah menziarahi beberapa rumah untuk jamuan hari raya. Pertamanya kami telah pergi ke rumah salah seorang kakitangan Jabatan Undang-Undang MPN iaitu Sdr Helmi Hassan yang telah mengadakan rumah terbukanya pada hari berkenaan. Majlis ini diadakan bertempat di kediaman beliau di Taman Desa Indah di Nilai.
.
Sebaik sahaja selesai menikmati hidangan Laksa dan Mi Kari di rumah Helmi, kami telah menuju ke rumah En Hanizam Ahmad, iaitu Pengarah Undang-Undang (PUU), Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di Taman Ampangan yang juga merupakan bekas bos kepada suami saya ketika bertugas di MPS dulu.
.
Di rumah PUU kami dijamu oleh Kak Zai (isteri PUU) dengan hidangan istimewa 'Spaghetti'. Memang best lah. Memang meriah jugaklah lawatan raya ni meskipun kalendar Islam telah menunjukkan 1 Zulkaedah. Walaupun Syawal telah berakhir, raya tetap raya!!!
.
Suasana ketika majlis 'open house' di rumah Helmi Hassan
Kelihatan Siti Azirah dan Effa (kakitangan MPN) yang sedang menjamu selera
Anak-anak saya yang sedang aktif di ruang tamu bermain!
Ini pulak suasana di rumah PUU MPS di Taman Ampangan
Saya dan ibu mertua saya di ruang tamu rumah PUU MPS
Dzaqwan yang aktif dan ceria
Danish dan Dhafir yang bermain di birai pintu rumah PUU MPS
Dzaqwan yang tak henti-henti mengusik!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: