Sabtu, 23 Jun 2012

Jom Menjamu Selera di Restoran Adam Lai !!!

Pada 23 Jun 2012, suami saya bersama ibu saudaranya IndukPak IndukAfiq dan juga Iqbal telah menikmati hidangan yang menyelerakan... iaitu sekali lagi di Restoran Adam Lai di Shah Alam.

Memang best lah bila menjamu selera di sana. Menurut suami saya mereka order Sayur Asparagus with PrawnLemon ChickenTwo Combination Prawn dan juga Ketam Lat Chi Crab. Menurut suami saya macam biasalah, semua yang dihidangkan memang sedap.

So, apa lagi... jom kita layan gambar....


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Isnin, 18 Jun 2012

Ceria Dengan Kelahiran Putera Keempat Kami !


Pada 8 Jun 2012, tepat jam 2.24 petang dengan timbangan 2.5 kg, lahirlah anak putera keempat kami. Selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW maka genap hari yang ketujuh kelahirannya, anak kami dinamakan dengan nama Ahmad Dzafran Amri bin Syamsul Amri. Kelahirannya sangat menceriakan kami semua.

Saya berpantang di rumah ibu mertua saya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, Seremban. Putera kami ini diuji dengan demam kuning namun setelah dibawa menjalani beberapa pemeriksaan serta pemerhatian (termasuklah dimasukkan ke wad untuk rawatan phototerapy), Alhamdulillah masalah kekuningan ini beransur pulih.

Dengan kelahiran ini bermakna setelah Danish bergelar AlongDhafir bergelar Angah, kini... Dzaqwan bergelar Alang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar Ahmad Dzafran Amri untuk tatapan semua.

Barangan khas untuk Baby Dzafran yang telah siap tersedia di rumah
Bilik di mana saya dibawa masuk untuk melahirkan anak pada 8 Jun 2012
Saya memangku anak saya yang ditahan di wad HTJ bagi memantau gula di dalam darah serta paras kuning di dalam badannya
Dzafran ketika menerima rawatan phototeraphy di HTJ
Inilah wajah Ahmad Dzafran Amri
Gambar ketika Dzafran baru dibawa pulang ke rumah selepas kelahiran
Busu dan Mak Usu sebagai tetamu terawal melawat Baby Dzafran !
Berikutnya, gambar-gambar Dzafran ketika dimandikan oleh Wan nya
Dzaqwan berdiri di sisi Dzafran
Anak-anak kami menikmati burger di rumah Wan mereka (saja-saja diaorang ni nak ubah selera)
Ustazah Hjh Rohani ketika men"tashnik"kan anak kami Dzafran Amri 
Berikutnya gambar-gambar ketika anak kami Dzafran kembali menjalani rawatan phototeraphy di Klinik Rekha selaku pesakit Dr. Dhillon
Saya memangku anak kami ketika di Wad Klinik Rekha
Salah seorang kakitangan Klinik Rekha menyuapkan susu kepada Dzafran

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)