Isnin, 30 Mei 2011

Gotong Royong Kenduri di Rumah Kak Ngah PRSP Paroi

Pada 27 Mei 2011, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Masturah (Along) iaitu anak kepada Pn Rahmah (Kak Ngah), gotong-royong masakan kenduri telah diadakan di perkarangan kawasan lapang di rumah Kak Ngah di Blok B Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Dengan bantuan daripada seklian AJK KRT dan MPP PRSP Paroi serta bantuan Persatuan Penduduk Taman Ampangan segala kerja memasak telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Suami saya telah turut serta ke sana pada malam berkenaan bagi membantu apa yang termampu di dalam memastikan segala urusan berkaitan dengan kenduri tersebut berjalan dengan lancar.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar suasana ketika kerja masak-memasak sedang giat dijalankan pada malam berkenaan.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Selamat Pengantin Baru Abd Malik & Abidah

SELAMAT PENGANTIN BARUABD. MALIK & ABIDAH

Pada 28 Mei 2011, suami saya telah memulakan perjalanan seawal pagi untuk menghadiri kenduri kahwin di rumah Allahyarham Tn Hj Ahmad Dalan Long iaitu Arwah Imam di Kampung Pancor. Majlis perkahwinan anakandanya iaitu Abidah bersama pilihan hatinya Abd Malik. Suami saya yang merupakan anak jati Kampung Pancor telah menghadiri majlis kenduri ini seawal jam 10.00 pagi kerana selepas daripada itu, banyak lagi majlis yang perlu dihadiri termasuklah di PRSP Paroi dan juga di Kuala Lumpur.

Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika berada di majlis tersebut.


Cik Sarip bersama dengan Idris, Hanafiah dan Faiz berbicara tentang sesuatu..Ruang penyediaan air minumanEn Manaf, Pengerusi JKKK Kg PanchorBanner yang memaparkan wajah kedua-dua mempelaiBelia petugas kenduri turut sama rancak berbualKelihatan rancak membicarakan isu-isu semasaCik Sarip dengan sudip masakannya...Di bahagian penyediaan lauk-paukRancak menjalankan tugasan masing-masingBegitu juga di bahagian masakan...Masih rancak berbual.. Cik Ustazah Hjh Rohani bergambar bersama ahli keluarga pengantin Lagi gambar dirakamkanPelamin yang bertemakan warna biruTersergam indah...Gambar dari hadapan... Suasana di dalam rumah...Para tetamu mula mengambil makanan bagi memulakan acara 'makan pangkal'Suasana ketika makanMeriah juga dengan pelbagai topik perbualanHanafiah dan Idris... rakan sekampung suami saya..Ibu mertua saya dan Cik Iton yang baru tiba...Suasana meriah ketika makan...
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)