Rabu, 4 Mei 2011

Selamat Hari Lahir yang ke 53 buat Ibunda Hasnah binti Rais

4 Mei 2011, Seremban : Pada hari ini (4 Mei 2011) genaplah usia ibu mertua saya, Pn Hasnah Rais (gambar) mencecah 53 tahun. Maka, bersempena dengan ini, anakandanya iaitu suami saya telah mengaturkan bersama-sama adik-adik ipar saya satu majlis ringkas sambutan hari lahir ibu mertua saya bertempat di Restoran pilihan kami semua iaitu di Star Fresh Agro Park, di Jalan Kuala Pilah yang sememangnya menjadi destinasi utama tempat kami menjamu selera. Di dalam majlis ini suami saya, Fadzly, Adik Piji, Kakak Syamira, Ibu saya, Danish, Dhafir, Dzaqwan dan saya sendiri telah turut sama menyertai sambutan ringkas ini. Kami menikmati hidangan yang menyelerakan seperti biasa, Prawn Butter, Sizzling Taufu, Chicken Cheese, Sotong Goreng Tepung dan Lala masak berlada. , serta diiringi dengan Jus Belimbing. Hidangan istimewa ini khusus buat ibunda mertua tersayang.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga ke jam 9.45 malam. Kami terasa ketiadaan seorang daripada ahli keluarga, kerana tinggal jauh di Perak iaitu tidak lain tidak bukan adik ipar saya, Syamsul Hafiz. Hafiz (gambar) yang bertugas sebagai kontraktor di Bagan Serai, Perak sejak beberapa tahun dahulu tidak dapat menyertai sambutan ini memandangkan beliau yang sibuk dengan tugasan serta tidak berkelapangan. Beliau bagaimanapun sempat berutus salam menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir buat ibunda beliau. Walaubagaimanapun, satu lagi majlis hari lahir akan dibuat bersekali dengan kenduri doa selamat Apak Sidek yang bakal mengerjakan umrah. Kenduri berkenaan akan berlangsung pada 7 Mei 2011 bertempat di kediaman Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Maka, dengan demikian satu majlis bakal dilangsungkan bagi menyambut hari ulangtahun kelahiran Ibu Mertua saya (4 Mei), Mak Long Samsiah (17 Mei) serta Dhafir Amri anak saya (16 Mei).

Oleh yang demikian kepada ahli keluarga yang berkesempatan, adalah dijemput untuk beramai-ramai datang ke majlis kenduri yang telah diatur pada 7 Mei 2011 ini. Apak Sidek dijangka berlepas ke tanah suci Mekah pada 8 Mei 2011 ini.

Berbalik kepada sambutan Hari Lahir Ibu Mertua saya di Star Fresh tadi, ianya berlangsung dalam suasana ceria dan meriah meskipun hanya melibatkan keluarga terdekat sahaja.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan pada majlis berkenaan.

Danish dan Ibu saya ketika menanti ketibaan Fadzly dan Ibu Mertua sayaSaya dan Dhafir AmriDzaqwan dengan keletahnya Suasana di meja jamuanDzaqwan tersenyum riang Adik Piji bergambar bersama ibu sayaDzaqwan memerhatikan makanan dengan penuh minatDanish di sisi ibu sayaSuami saya bersama DzaqwanJus Belimbing yang segar...Masih lagi menanti ketibaan Ibu Mertua sayaKenapa tu?Ibu Mertua saya yang baru tiba, dirakamkan wajahnya oleh Adik PijiAmacam? Comel tak?Di antara hidangan yang telah tiba, Sotong goreng tepung, Lala masak berlada dan Prawn ButterSuami saya melayan DzaqwanMula menikmati hidangan yang disediakanAda sahaja perkara yang dibincangkanAmboi, lapar bona ko?Suami saya turut sama menyertai perbincangan Sedap betul sotong goreng tepung tu!Ibu Mertua dan Ibu sayaLeka menikmati hidangan nampaknyaMak aiii.... meleleh Chicken Cheese tu!Danish yang mula rasa kesat di mata! Ngantuk kot!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: