Selasa, 29 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru buat Afizul & Nurul !!!

Selamat Pengantin Baru
.
Khusus Buat
.
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
.
Di atas perkahwinan kalian pada 25 Disember 2009
.
Doa kami semua semoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat
.
.
Alhamdulillah, pada 25 Disember 2009 yang lalu, Afizul atau lebih dikenali sebagai Afiz di kalangan ahli keluarga telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati yang bernama Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan. Sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya diikuti dengan persandingan di Kuala Pilah pada 26 Disember 2009 dan persandingan di Rasah Jaya pada 27 Disember 2009. Syukur, kerana semuanya telah berjalan lancar dan selamatnya.
.
Harapan daripada seluruh ahli keluarga agar selepas ini bertandanglah ke rumah ahli keluarga supaya dapat kita berkenalan dengan lebih rapat dan mesra lagi, insya Allah. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda berdua.
Kepada Pak Andak dan Mak Andak juga, tahniah di atas kejayaan bermenantu buat kali pertama ini, dan semoga cepat dapat menimang cucu. Dan tahniah juga buat Pak Andak dan Mak Andak di atas kejayaan melangsungkan majlis perkahwinan anak dengan cukup meriah dan ceria tanpa sebarang masalah.
Akhir kata dari kami sekeluarga, welcome to this family dan semoga hidup dilimpahi berkat dan rahmat serta berbahagialah hendaknya. Di dalam blog ini dikongsikan segala gambar di sepanjang 3 hari dan 2 malam majlis perkahwinan Afiz dan Nurul berlangsung.
.
Sekian dan Wassalam
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Barang Hantaran

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
.
BARANGAN HANTARAN PERKAHWINAN
.
Alhamdulillah, barangan hantaran telah disiapkan dengan jayanya di kediaman Noi di No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Boleh tahan gaklah rupanya bila dah siap. Tak yah lagi nak upah-upah kat orang lain.
.
Semuanya menarik dan cantik. Kalau tak caya tengoklah sendiri.
. Kasut
Dari sudut berbeza

Barangan kelengkapan solekan



Beg tangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Majlis Pertunangan

Majlis Perkahwinan

Mohd Afizul bin Zainal

&

Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan

25 Disember 2009

.

MAJLIS PERTUNANGAN

. Rombongan pihak lelaki yang tiba untuk membawa utusan pertunangan
Nabila dan Kak Ina

Suasana yang meriahSempat bergambar sebelum masuk ke rumahShiela ceria memegang dulang berisi cincin pertunangan

Berada di ruang tamu rumah pihak perempuan

Farah, Mak Lang dan Shiela


Nabila dan Farah

Shiela, Zura dan Dayah (tengok mata Dayah... tengok)



Mak Andak menyarungkan cincin pertunangan

Cincin disarungkan ke jari manis Nurul

.

.

.

Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Suasana di Resthouse Kuala Pilah

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Yuhidan
25 Disember 2009
.
SUASANA DI RESTHOUSE KUALA PILAH
.
Setelah selesai majlis pertunangan pada sebelah pagi, seisi keluarga diberikan penginapan di Resthouse Kuala Pilah bagi mengelakkan berulang jauh daripada Seremban. Penginapan ini disumbangkan oleh Saudara Syamsul (Acoy) untuk kemudahan semua. Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berehat secukupnya di Resthouse Kuala Pilah selama 2 hari dan 1 malam.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar di Resthouse Kuala Pilah yang sempat dirakamkan.
. Atam yang keletihan setelah penat memandu motosikal Harley Davidson nya
Acoy bersama Mukri bermain telefon
Miza menyembunyikan wajahnya daripada diambil gambar
Wan lena tidur di dalam sejuk air-cond
Mak Andak yang pening kepala sejak pagi turut lena tidur
Kak Ina turut terbaring di atas lantai
Mak Ngah dan Dayah pun turut 'hanyut' sama
Nabila di suatu sudut katil
Bunga Pahar untuk dibawa di majlis pernikahan petang nanti
Kereta yang diletakkan di hadapan Resthouse
Suasana di ruang tamu Resthouse
Masih lagi dengan permainan telefon
Kereta yang telah bersiap sedia untuk bertolak ke rumah pengantin perempuan pada petang ini
Ajie, Nurin dan Nazri bermain bersama Dzaqwan
Bergambar sebelum bergerak ke rumah Nurul
Nazri, Nabila dan Miza yang telah bersedia
Mak Andak dan Mak Ngah
Mak usu dan Dayah
Bergaya dengan motosikal Tuk Tam
Busu dan Mak Usu bergurau senda dengan pembalut leher Busu
Mak Usu mendukung Dzaqwan
Dzaqwan akhirnya lena dipangkuan abahnya
Dzaqwan memang dah biasa terlena di pangkuan abahnya
Suasana dari luar penginapan di Resthouse, Kuala Pilah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Menjemput di Resthouse Kuala Pilah

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
25 Disember 2009
.
PENGIRING MENJEMPUT PENGANTIN LELAKI DAN ROMBONGAN UNTUK KE MAJLIS PERNIKAHAN
. Afiz yang telah bersedia untuk ke majlis pernikahannya pada petang ini
Segak dan bergaya dengan baju melayu berwarna putih lengkap bersampin
Wakil pihak perempuan yang tiba untuk menjemput rombongan pengantin lelaki
Pak Andak mengeluarkan segala wang-wang iringan termasuklah upah pengiring, upah nikah, duit adat, mas kahwin dan sebagainya
Wakil pihak perempuan membuat kiraan balas dan memeriksa senarai supaya tidak ada yang tertinggal
Pak Lang yang baru tiba daripada Seremban bertindak selaku jurucakap pihak lelaki
Atam turut sama menyertai proses ini
Akhirnya mulalah istiadat menjemput yang dibuat oleh wakil pihak perempuanBungkusan diberikan kepada Pak LangBungkusan diajukan kepada Pak Lang yang menerima jemputan bagi pihak lelaki
Pak Lang membuka bungkusan yang dibawa oleh wakil pihak pengantin perempuan
Mak Usu dilihat merakamkan detik ini Bungkusan yang dibalut dengan cukup menarik berisi sirih sebagai simbolik orang dulu-dulu berbincang
Pak Lang akhirnya bersalaman dengan wakil pihak pengantin perempuan sebagai tanda bersetuju untuk menerima jemputan

Pak Lang menunjukkan semula wang-wang iringan yang telah pun dikira di awal tadi
Kesemua anggota keluarga juga telah bersiap untuk berangkat ke rumah pengantin perempuan
Dayah dan Wan di bahagian dapur Resthouse, Kuala Pilah
Mak Andak pun ceria menanti, walaupun kelihatan sedikit risau
Afiz yang telah bersedia sejak tadi
Farah dan Nabila yang telah bersedia dengan bunga pahar di luar rumah
Busu yang berbalut lehernya, kerana kecederaan lama yang berulang
Pengiring membantu Pak Lang yang tertinggal kuncinya di dalam kereta
Akhirnya, masalah berjaya diselesaikan dan perjalanan menuju ke rumah Nurul pun bermula.....
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR