Selasa, 10 April 2012

Jom Makan Char Koay Teow di Kedai Atam !

Pada 9 April 2012 kami sekeluarga telah berpeluang singgah di kedai Atam (bapa saudara saya) di Senawang, berhampiran dengan Balai Polis Senawang dan Klinik Tawakkal. Kami pun memesanlah killer product Atam iaitu "Char Koay Teow". So, apa yang boleh disimpulkan, kira boleh tahanlaaa.. So, kalau nak cuba bolehlah datang.

Kami sempat juga order kuih cekodok daripada peniaga bersebelahan dengan kedai Atam. Pun sedap jugak. Garing betul cekodoknya. Kira memang boleh sangatlah kalau nak promosikan kedai Atam ni.

Tapi, menurut Atam kedainya ini mungkin sementara dia mendapat tempat yang lebih strategik dan tetap. So, kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Atam di dalam menceburi dunia usahawan ini !


Danish dan Dhafir yang baru pulang dari sekolahDhafir ceria !Danish ceria !Dzaqwan lagiiii ceriaaa !!!!Banner promosi gerai Char Koay Teow AtamSabar menanti hidangan tibaDzaqwan makan mi goreng duluDanish pun sama, sebab kedua-duanya taknak Char Koay TeowDhafir bersama saya dan suami saya saja yang order Char Koay TeowInilah rupanya Char Koay Teow yang dimasak sendiri oleh Atam Kelihatan Dhafir dan Dzaqwan yang sedang menikmati kelazatan Char Koay Teow !

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Isnin, 9 April 2012

Jom Makan Asam Pedas di Kota Laksamana, Melaka !

Pada 8 April 2012, sekembalinya saya dari UiTM Segamat sebab terlibat sebagai hakim Pertandingan Debat Piala Johor 2012, saya bersama suami saya, Shameer (kawan suami saya), Busu, dan Mak Usu telah berkesempatan singgah makan asam pedas. Memang best laa. Tak dapat nak cakap 'kesedapannya'.

Awalnya kami nak singgah di Restoran Asam Pedas Hjh Mona, tapi tutup. Nasib baik yang di Claypot Asam Pedas ni bukak. Memang best laa... Sampai berhirup kuahnya. Si Shameer pun sampai bungkuskan untuk bawak balik untuk family dia.

Jom kita layan gambar !

Inilah rupanya Ikan Pari Asam Pedas !Best Gilerrr !!!! Tak Tipuuu !!!!Saya bersama Mak UsuShameer ceria menikmati nasi dengan asam pedasnya...Suami saya dan Busu menunjukkan tanda 'best'Suasana di hadapan Restoran Laksamana 1, Asam Pedas Claypot Memang ramai betul orang makan kat sini... rugi siapa yang tak pergi rasa !!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Majlis Barbeque dan Steamboat di Rumah Mak Usu

Pada 31 Mac 2012 yang lalu, kami sekeluarga menikmati jamuan makan BBQ dan Steamboat di rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Memang meriah dan hidangannya lazat-lazat belaka. Taknak cerita banyak kali ni, cuma nak kongsi gambar je. Jom kita layan sama-sama....


Menikmati hidangan....Menikmati dengan penuh berselera...Di antara hidangan yang telah tersedia...Aiman memilih laukIni Department bakar-membakar !Amat Donet menikmati jamuan makan bersama Mak UsuDisediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)