Isnin, 25 April 2011

Perkahwinan Hezry & Ekin : Ketibaan di Teluk Intan

Pada 24 April 2011, telah berlangsungnya perkahwinan Hezry iaitu adik kepada Pak Induk bertempat di Teluk Intan, Perak. Perkahwinan telah berlangsung dengan meriahnya di mana suami saya telah berangkat ke sana sedari jam 9.30 pagi dari Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dengan mengikuti jalan lama Kuala Selangor, suami saya dan beberapa lagi ahli keluarga tiba di Teluk Intan pada jam 11.30 pagi.

Turut sama bersama suami saya ke sana ialah Ibu Mertua saya (Mak Lang), Mak Long Samsiah, Wan Asiah, dan anak-anak kami iaitu Danish dan Dhafir.

Berikut disertakan gambar-gambar ketika suami saya dan ahli keluarga yang lain ke sana. Saya tidak dapat menyertai perjalanan ini kerana saya pula pulang ke Kampung saya bagi menghadiri kenduri Arwah Atuk Hj Bador di Kg. Tanah Baru, Johol.

Inilah Ayahanda & Ibunda Pengantin Lelaki dan juga Pak Induk
Pasangan Pengantin Hezry & Ekin

Inilah potret keluarga Pak Induk yang telah sempat dirakamkan
Ketika tiba sekumpulan ahli kumpulan Marhaban memainkan lagu atnpa henti sehinggalah ketibaan Pengantin

Walaupun telah berusia tenaganya masih kuat

Bermain dengan bersungguh-sungguh


Petugas air minuman bertungkus lumus

DJ yang bertugas menghiburkan tetamu yang hadir

Pelbagai lagu pilihan yang diputarkan oleh DJ bertugas
Tidak ketinggalan juga pemain kompang sambil marhaban tetap memainkan lagunya di serambi rumah

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Makan di Tempat Duduk Utama

Setibanya kami di rumah Pak Induk di Teluk Intan, kami terus disambut oleh Induk dan Pak Induk. Dan seterusnya kami terus dibawa di bawah khemah jamuan utama bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Lauk yang paling suami saya tidak dapat lupakan adalah lauk 'rendang dendeng'. Memang best!!

Pak Induk membawa semua menuju ke khemah jamuan utama
Mak Long Samsiah dan Wan Asiah mula menyenduk makanan

Ibu Mertua saya (Mak Lang) dan Dhafir mula mengambil tempat



Induk melayan suami saya dan ahli keluarga RAIS yang telah berkesempatan hadir

Pak Induk menghulurkan bekas nasi
Pak Induk sibuk dan bertungkus lumus melayan

Suasana meriah di khemah jamuan orang ramai
Semuanya berkonsepkan 'hidang'

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Meja Santapan Raja Sehari

Lauk-pauk untuk Raja Sehari
Semuanya digubah sebegitu cantik


Ini pula hidangan untuk keluarga pengantin perempuan
Tembikai diukir dengan nama pasangan pengantin

Suasana dikhemah jamuan utama


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Suasana Di Dalam Rumah

Sementara menantikan ketibaan Pengantin, suami saya dan ahli keluarga menanti di dalam rumah. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika berada di dalam rumah.














































Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)