Khamis, 26 Februari 2009

Aksi Danish & Dhafir di Swimming Pool!!

Pada 26 Februari yang lalu, saya telah terlibat di dalam sukan olahraga MSSD Seremban yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Dengan itu ibu saya telah membawa kedua-dua anak saya mandi di Kolam Renang di Paroi (bersebelahan Stadium) Walaupun sekejap disebabkan oleh hujan lebat, tetapi ternyata anak-anak saya gembira bermain di sana.
- Oleh Yat -

Isnin, 23 Februari 2009

Danish & Dhafir Berwajah Baru !!

Sekembalinya suami saya (Acoy) daripada menghadiri satu program di Kuala Terengganu, kami terus membawa anak kami iaitu Danish Amri untuk memotong rambutnya yang telah panjang itu. Saya merasa terpanggil untuk memasukkannya ke dalam Blog kali ini kerana ini adalah detik bersejarah memandangkan inilah kali pertama Danish digunting rambutnya tanpa menangis.

Kebiasaannnya, Danish akan melalak disepanjang proses menggunting rambut dijalankan. So, disebabkan hari tu dia tak menangis maka 21 Februari 2009 itu sesuailah dirakamkan sebagai satu detik bersejarah.

Danish digunting rambutnya pada jam 8.45 malam bertempat di sebuah kedai gunting di Taman Ixora, Senawang.
Danish kelihatan tenang ketika rambutnya dipotong
Danish langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi semasa rambutnya digunting hingga ke akhir.

Kemudiannya pada 9 Mac 2009 Dhafir pula telah di bawa ke Kedai Gunting yang sama bagi tujuan memastikan rambut Dhafir yang telah mula bergulung-gulung itu di trim dan di kemaskan. Ternyata Dhafir hanya mampu ditenangkan selama 10 minit sahaja sebelum dia meronta-ronta minta dilepaskan. Pelbagai aksi dilakukan bagi melepaskan diri. Akhirnya setelah berhempas pulas selama hampir setengah jam, akhirnya Dhafir telah berjaya digunting rambutnya hingga selesai. Namun aksi-aksi ganas tersebut tidak dirakamkan bagi mengelakkan salah tafsiran dan perbandingan keganasan di tebing Gaza. Berikut disertakan gambar-gambar tenang Dhafir sebelum beliau hilang pertimbangan!!

Lihatlah betapa tenangnya wajah Dhafir !
Dhafir kelihatan sudah mula resah gelisah ! Dan kemudiannya... berlakulah insiden sebagaimana yang diceritakan tadi !!

- Yat -


Rabu, 18 Februari 2009

Mari Tonton Filem Animasi Geng Upin & Ipin !!!

19 Februari 2009 (Khamis) - Malam tadi (18 Feb 2009) saya, suami saya dan anak saya (Danish) telah menonton filem animasi Geng Upin & Ipin di Panggung GSC Terminal One, Seremban.

Rasa macam tengok kartun Disney!. Itulah rumusan yang boleh saya buat. sesungguhnya tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya setelah menonton filem animasi ini. Yang hanya boleh saya buat lepas tengok filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula” ni hanyalah gelak sorang-sorang apabila terkenangkan jenaka-jenaka yang mencuit hati.


Siapa yang tak tengok memang rugi. Kenapa? Ada banyak sebabnya:

1) Animasi 3-D nya excellent, smooth dan colourful. Memang la tidak setanding Pixar. Tapi sebagai filem animasi 3-D pertama buatan Malaysia, sangat membanggakan. Ada babak slow-mo macam the Matrix, ada action macam Kungfu Panda & The Incredibles, ada monster macam Harry Porter, ada Upin & Ipin yang lebih cute drpd Nemo, Rocky “the hamster” atau Patrick Star. Beautifully presented.

2) Lawak jenakanya boleh membuat kita gelak sampai bergolek-golek. Ada banyak punch-line yang memang akan kita ingat dan gelak sorang-sorang lepas dah balik rumah. Lebih lawak daripada Upin & Ipin (TV). Lebih lawak daripada Shin Chan.

3) Sound effect yang sangat mantap. Ada banyak action scenes yang menggunakan sound effect yang memang mendebarkan. Macam tengok cerita Annaconda atau Indiana Jones.

4) Jalan cerita yang menghiburkan dan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya misteri yang wujud di sebalik “hantu durian”. Ala-ala team Scooby-Doo.

5) Ada banyak usaha-usaha mempromosikan imej Malaysia dalam filem ini contohnya logo Tourism Malaysia, kehidupan kampung, variasi kaum, buah durian, ayam di tepi jalan, kereta lembu dan lain lain. Mana ada kartun international yang ada lembu?

6) Yang paling penting, kartun ni MADE IN MALAYSIA. Buatan orang kita. Bajet RM 4 juta (US$ 1.1 M) sahaja so jangan la compare dengan Nemo (US$90 M), Shrek (US$70 M) atau Shark Tale (US$75 M). Hasilnya tetap sama hebat dengan filem2 tadi.

Kalaupun anda memang Anti-filem Melayu, filem ini MESTI dikecualikan. Filem animasi ni memang best dan memang standard. First class. Kau orang kena tonton dulu lepas tu bagi komen okay!

Standing Ovation for Les Copaque Team…!

Anak saya Danish yang turut menonton Filem ini
Saya dan Danish bergambar sebelum masuk panggung

Ahad, 15 Februari 2009

Melawat Baby Dania di Palong 4 !

15 Februari 2009 (Ahad) - Memandangkan kami tidak berkesempatan melawat baby Dania (anak Ida & Helmi) di Hospital Tuanku Jaafar tempohari, maka kami sekluarga telah mengatur satu lawatan ke Palong 4 bagi melawat anak Helmi & Ida. Kami bertolak dari rumah di Senawang, sekitar jam 10.30 pagi. Kami telah berhenti seketika di Tanjung Ipoh, kerana Danish muntah lagi!!! (sejak selepas balik dari Cameron). Mujurlah Nabila tidak turut sama muntah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi dan kami akhirnya tiba pada jam 12.30 tengahari.

Setibanya di sana, Pak Long, Mak Long, Ida dan anaknya sahaja di sana dan Helmi tidak ada kerana bekerja. Menurut Ida, Helmi hanya akan datang seminggu sekali apabila cuti. Dan begitu juga Mimi & Mazli yang telah tiba di Palong sejak hari Jumaat lagi. Ketika kami tiba Mazli baru sahaja selesai.
Aksi saya ketika baru sampai di Palong. Bergambar bersama baby Dania!

Kemudiannya kami telah menikmati makan tengahari di Palong. Perggghh..best giler.. ayam masak lemak cili api, ikan semilang goreng berlada, sayur cameron... fuyoo... memang sodap. Lopeh tu apa lagi, Ramailah yang terlolap! Sobab dah konyang!

Pada sebelah petangnya, saya, suami saya (acoy) dan anak-anak bersama-sama dengan Mimi dan Mazli telah pergi ke Pasar Malam Palong 4. Boleh tahanlah. Walaupun tak banyak gerai tapi memang makanan-makanan yang dijual membuka selera. Petang tu kami pulun ayam percik, satay Johor, Air soya dan banyak lagilah.
Danish dan Dhafir di Pasar Malam Palong
Mazli yang mengetuai rombongan ke Pasar Malam.
Sekembalinya dari Pasar Malam, Dhafir dengan aksi memakan ayam.

Pada sebelah malamnya selepas solat Isya', kami sekeluarga bersama-sama dengan Mazli dan Mimi bergerak pulang ke Seremban.
Aksi kami sedang menghabiskan makanan yang dibeli dari Pasar Malam
Aksi Dhafir sedang memakan satay.
Danish dan Dhafir sedang menikmati satay Johor di tangga rumah Mak Long.

Terima kasih buat Pak Long dan Mak Long di atas layanan yang istimewa, memang rasa nak datang hari-hari. Insya Allah, kami akan ke sana lagi nanti.

Laporan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Aksi Terbaru Danish & Dhafir & Basikal






Jumaat, 13 Februari 2009

Ida (Anak Mak Long) Selamat Melahirkan Anak Perempuan!!!!

Alhamdulillah, akhirnya yang dinanti telah tiba.... sekembalinya Mak Long (Halimah) daripada Cameron Highlands, beliau dan Pak Long belumpun sempat pulang ke Palong telah menerima berita bahawa Ida telah pun datang tanda-tanda bakal melahirkan pada bila-bila masa. Sebagaimana yang dijangka Ida telah selamat melahirkan anak perempuan yang sihat lagi comel tepat jam 2.30 petang, 11 Februari 2009 bertempat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Lihatlah betapa comelnya anak perempuan Ida dan Helmi ini...

Bayi perempuan yang comel ini dilahirkan dengan timbangan 3.1 kg. Wah, semangat betul!!! Namun begitu proses kelahiran bukanlah semudah diceritakan kerana menurut Ida, beliau telah mula masuk ke Bilik Bersalin sejak jam 8.30 pagi. Dan bayang kan berapa jam lamanya penyiksaan sebelum akhirnya bayi berjaya muncul di dunia ini hanya pada jam 2.30 petang.

Ketika ditanya kepada Ida, apakah perasaannya menerima kelahiran yang pertama ini..? Ida hanya tersenyum. Dan tiada kata yang dapat menggambarkan keriangan di wajah Ida. Lebih-lebih lagi Helmi yang pendiam itu, hanya senyumannya sahaja yang dapat menggambarkan keriangannya menyambut orang baru di dalam keluarga.

Acoy (suami saya) sekembalinya daripada bertugas terus sahaja tanpa menghiraukan penat bekerja terus sahaja mengajak saya, mak saya dan anak-anak terus bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar untuk melawat baby baru ini.
Danish dan Dhafir terpaksa di dukung bagi mengawal perilaku mereka di hospital!

Setibanya kami di sana, kami bertemu dengan Pak Long, Mak Long, Mazli , Mimi dan anak-anaknya turut berada di sana.
Helmi sedang berusaha menenagkan anaknya yang tiba-tiba menangis.
Ida tidak mampu menjawab apa-apa. Hanya di wajahnya sudah mula terbayang sinar keibuan.
Ibu saya berkata sesuatu kepada Mak Long sambil Mak Long memangku tenang cucu terbarunya itu...

Dengan ini tahniah diucapkan buat Ida dan Helmi moga murah rezeki kalian sekeluarga kami doakan, mudah-mudahan...

Sekian laporan saya.

Wassalam.

Oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Selasa, 10 Februari 2009

Family Trip ke Cameron Highlands 7 hingga 9 Februari 2009

7 Februari 2009

Satu trip pelancongan keluarga telah diatur oleh Atam pada 7 Februari 2009, trip ini turut disertai oleh beberapa lagi ahli keluarga lain seperti, Atuk, Wan, Mak Ngah (Ibu saya), Pak Long dan Mak Long sekeluarga, Pak Andak dan Mak Andak sekeluarga, Busu dan Mak Usu, Mazli & Mimi sekeluarga, Aryanti sekeluarga, dan of course saya dan Acoy serta anak-anak.

Pada 7 haribulan Februari 2009, kami telah memulakan perjalanan dari Seremban pada jam 1.00 petang memandangkan Acoy ada urusan di SDAR kerana memberikan ceramah berkenaan Debat kepada pelajar-pelajar.

Kemudiannya pada jam 2.00 petang kami bergerak ke Hotel Pan Pacific kerana Acoy terlibat dengan penubuhan NGO Gerakan Rakyat Malaysia (GERAM) yang mana Acoy telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Semasa Acoy sedang sibuk bermesyuarat saya, Mak, Nabila, Danish, Dhafir, Atuk dan Wan menginap di Hotel Pan Pacific bersebelahan PWTC. Dan akhirnya tepat jam 5.00 petang, kami telah meneruskan perjalanan misi utama kami menuju ke Cameron Highlands. Kami telah berhenti rehat di R&R Tapah pada jam 7.00 malam. Kami berhenti rehat dan bersolat.

Setelah berhenti rehat kami telah meneruskan perjalanan tepat jam 8.00 malam. Dan perjalanan yang panjang dan memenatkan ini telah berkahir apabila kami tiba di Kem Brinchang pada jam 9.30 malam. Atam telah mendapatkan dua rumah kuarters askar di Kem Brinchang ini.

8 Februari 2009

Pada seawal jam 8.00 pagi kesemua ahli keluarga telah bangun memandangkan suasana yang terlalu sejuk dan tak dapatlah nak tidur lama-lama sangat. Dan kami telah memulakan lawatan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 11.00 pagi kami telah pergi ke The Strawberry Park Resort. Di sana taklah banyak sangat aktiviti, selain daripada beli aiskrim dan makan buah strawberry. Ada juga beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan di sana.

Dhafir yang gembira bersama Asyraf

Wajah saya ketika sedang menikmati ice cream strawberry
Dayah sedang menerangkan sesuatu kepada Mak Lang

Saya dan suami bergambar bersama Mak Andak, Ajie dam Miza.
Nabila dan Miza bergambar bersama Danish.
Danish dan Dhafir, amacam comel tak?
Dhafir keriangan ketika dilepaskan di Kebuh Strawberry
Saya dan Danish bergambar bersama pokok-pokok kaktus. Sibuk je si Nabila tu!
Selepas berpuashati dengan lawatan di sini, kami telah meneruskan langkah menuju ke Tanah Rata. Di sana kami telah menikmati makan tengahari. Sedap gilerrr makan kat sana. Lauk-lauk kampung dan tradisi benar-benar membuka selera kami. Dayah makan sampai bertambah-tambah. Tu yang sakit perut malam tak boleh tidur tu.
Sempat bergambar selepas makan sebelum bergerak ke KEA Farm.

Selepas makan tengahari kami telah bergerak beramai-ramai menuju ke KEA Farm. Disana terdapat pelbagai sayur-sayuran segar yang dijual dengan harga yang cukup murah. Bukan itu sahaja pelbagai sayur yang dijual di sana sukar di dapati di tempat-tempat lain. Dan yang paling mencuri perhatian di sana adalah apabila berpeluang menikmati jagung mutiara.

Setelah selesai lawatan di KEA Farm, kesemua ahli keluarga telah berangkat pulang ke kuarters untuk berehat, tiodur dan minum petang. Minum petang itu memang menyelrakan dengan hidangan seperyi maggi, cekodok air dan air panas.

Aryanti yang turut kelihatan penat kerana berjalan tak henti-henti sejak dari pagi
Atuk dan Wan menunggu hidangan minum petang siap
Dayah dan Wahid berebut menikmati cekodok sambil mencecah sambal.

Pada sebelah petangnya saya dan suami telah bersiar-siar di Pasar Malam Brinchang untuk membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke Seremban. kami membeli, bola strawberry untuk Danish & Dhafir, Baju Mr Bean, sedikit sayur keledek, strawberry dan stoking. Tak banyak pun, bolehlah...

Danish menggayakan baju Mr Bean nya
Dhafir pun sama, siap dengan selipar nya sekali.
Danish dan Dhafir
Danish memang suka betul dengan baju Mr Bean ni.
Selepas selesai makan malam, saya dan suami telah mengambil keputusan menginap di luar Kuarters. Kami telah menginap di Hotel Tudor Inn, berhampiran dengan Kem Brinchang. Dengan suasana bilik hotel yang lebih selesa diharapkan tangisan anak kami tidaklah mengganggu tidur orang lain dan juga ia lebih memudahkan maki menyiapkan anak-anak sebelum berangkat pulang keesokan harinya.

Dua katil besar yang benar-benar selesa untuk kami sekeluarga.

9 Februari 2009

Seawal jam 7.00 pagi kami telah siap memandikan Danish dan Dhafir, dan mudah benar untuk kami bersiap-siap di sini. Dan tepat jam 8.00 malam kami telah mula bergerak ke Kem Brinchang untuk bersarapan sebelum sama-sama bersiap sedia pulang ke Seremban.

Danish dan Dhafir bergambar setelah siap dimandikan.


Kedua-duanya riang sebab dah nak balik ke Seremban dah!
Mimi menghabiskan sarapan pagi
Saya bergambar di hadapan barang-barang yang telah siap dikemas sesudah selesai sarapan pagi.

Kemudiannya kami telah beramai-ramai bergerak pulang. Dalam perjalanan kami telah singgah sebentar di Bharat Tea Plantation (Ladang Teh). Kami telah banyak menghabiskan masa bergambar di sana.
Danish bergambar sebaik sahaja turun dari kereta.

Lihatlah keindahan Ladanng Teh di Cameron.

Bergambar beramai-ramai
Antara yang sedang asyik menghayati keindahan dan kehijauan ladang teh
Antara saudara-mara yang berkesempatan turun ke ladang teh (pemandangan dari atas)
Acoy dan Danish
Saya bergambar bersama Aryanti dan Dhafir
Dhafir
Bergambar bersama Pak Long dan anak-anak

Afiq (anak Wazir)
Tiga anak kecil bergambar bersama

Mak Lang, Mak Saya, Saya dan Dayah
Acoy dan Danish
Pak Andak, Acoy, Mazli, Wahid dan Pak Long
Dhafir
Acoy, Mazli, Wahid dan Pak Long
Atuk dan Wan
Busu dan Mak Usu
Mak Usu, Busu, Mak Saya dan Wan
Saya dan keluarga saya

Mak saya, Dhafir, saya dan Dayah

Setelah selesai di ladang teh, kami berhenti seketika untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Ringlet. Dan kemudiannya kami telah meneruskan perjalanan dan singgah sebntar di Air Terjun Lata Iskandar. Di sinilah berlakunya tragedi Adam (anak Mimi & Mazli) yang kelemasan. Peristiwa dramatik ini menyaksikan Pak Long & Mak Long kebasahan ketika cuba menyelamatkan Adam daripada lemas. Alhamdulillah semuanya selamat.
Pemandangan air terjun yang benar-benar menenangkan jiwa.
Lagi pemandangan air yang jernih dan menusuk kalbu.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan kami telah berhenti di R&R Tapah. Di sini kami telah berhenti untuk makan tengahari. Atuk yang agak kepenatan telah hanya baring ketika di sini.
Kesemua ahli keluarga berpusat di salah satu wakaf di R&R Tapah.
Ada yang sibuk makan, dan ada juga yang berbincang.
Mak Lang turut sibuk melayan karenah cucu nya.
Atuk yang hanya terbaring tidur sambil ditemani Wan
Mak Long termenung jauh memikirkan jauh lagi ke nak sampai kat Palong ni ? (agaknyalah...)

Selepas itu kami bergerak pulang. Saya dan Pak Andak telah mengambil keputusan untuk singgah di rumah Busu, kami telah tiba di sana tepat jam 6.30 petang. Acoy telah mengambil keputusan untuk menjamu pizza resepi baru di rumah Busu. Alhamdulilah kenyang. Tak cukup setakat itu Mak Usu turut bertungkus lumus bersama Busu menyediakan makan malam yang cukup menyelerakan buat kami semua. Terima kasih banyak diucapkan, walaupun sama-sama kepenatan tapi Mak Usu dan Busu tetap ceria melayan kami semasa makan malam tersebut.
Dhafir ketika di rumah Busu
Danish
Suasana kepenatan sebelum waktu makan malam
Alan pun turut terbaring di sebelah Wan ketika menunggu waktu makan malam.

Alhamdulillah kami telah bergerak pulang kira-kira jam 9.30 malam dari rumah Busu menuju ke Seremban. dan kami telah tiba di Senawang kira-kira jam 10.30 malam. Sesungguhnya banyak kenangan indah di sana nersama keluarga, dan pastinya semua ahli keluarga tidak sabar pula menunggu Family Day 2009 di akhir tahun nanti.

Sekian dan Wassalam.

Laporan oleh : Noi