Rabu, 31 Disember 2008

Hari Untuk Diingati.....

HARI-HARI UNTUK DIINGATI

Sesungguhnya pada bulan ini sangat istimewa untuk beberapa orang yang saya kenali....



SELAMAT HARI ULANGTAHUN
PERKAHWINAN
BUAT SUAMI YANG SAYA KASIHI

25 Disember 2008

Ulangtahun Yang Ke - Empat








Selamat Hari Lahir Buat Anna Zanira Morres
Yang Menyambut Hari Lahirnya Yang ke - 17 pada

22 Disember 2008








SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK USU
Yang Menyambut Hari Lahirnya Pada

26 Disember 2008



SELAMAT HARI LAHIR BUAT ACHIK JULIE

Yang Menyambut Hari Lahirnya Pada

1 Januari 2009







SELAMAT HARI LAHIR BUAT

DANISH AMRI BIN SYAMSUL AMRI

Yang Menyambut Hari Lahirnya Yang Ke - 3 Pada

2 Januari 2009

Selasa, 30 Disember 2008

Memori Kepulangan Achik Julie ke Jerman

Sesungguhnya setiap yang bermula pastinya akan berakhir. Begitu juga dengan tempoh percutian Achik Julie (Ibu Saudara Acoy) dari Jerman akhirnya sampai ke penghujungnya. Di sini saya siarkan gambar-gambar Achik Julie sekeluarga pada hari-hari akhir sebelum berangkat pulang ke Jerman. Kami pasti merindui Achik. Entah bila pulak saya berpeluang untuk bercuti di sana. Achik kalau tak silap saya tinggal di Heidelberg, Germany. Mesti best kalau dapat ke sana. Yang dah ke sana baru Mak Usu dan Wan. Inilah gambar-gambar untuk tatapan semua.

30 Ogos 2008


Kami bergambar beramai-ramai di hadapan rumah Mak di Pancor







Daniel sudah mula menunjukkan reaksi sedihnya kerana tinggal sehari sahaja lagi sebelum mereka berangkat pulang ke Jerman.






1 September 2008
9.00 Malam
Lapangan Terbang KLIA


Danish bergambar bersama Daniel

Nira, Danish, Saya, Daniel dan Kassim


Nira, Danish, Acoy dan Daniel.

Danish duduk sambil menikmati french fries Mc Donald.

Saya dan Nira





Apa agaknya yang dibincangkan oleh si Kassim dan si Danish tu?

Acoy bergambar kenangan dengan Uncle Uwe buat kali terakhir sebelum berlepas pulang.

Suasana sayu menyelubungi hati kami tatkala melihat Achik berlalu pergi.

Daniel tidak henti-henti melambai kami sehingga hilang dari pandangan.

Wan turut sayu menyaksikan anaknya, dan cucu-cucunya berangkat pulang ke Jerman tanpa dapat dipastikan bila lagi akan dapat ketemu agaknya.

C'iest Lavie buat Achik Julie, Uncle Uwe Morris, Anna Zanira dan Daniel Hasani. Semoga bertemu kalian lagi di lain masa.


Koleksi Gambar Dhafir Amri setakat Tahun 2008

Haa.. Alhamdulillah juga, bersyukur kerana pada tanggal 16 Mei 2007, bersamaan dengan Hari Guru. Dan juga bersamaan dengan hari sah dan sohihnya Acoy menerima surat tawaran Jawatan Pengarah Undang-Undang dari Majlis Perbandaran Nilai... lahirlah seorang lagi Putera yang terus terusan menambahkan sinar di dalam keluarga saya. Tidak lain tidak bukan, inilah dia yang kami namakan Dhafir Amri bin Syamsul Amri. Kelahirannya pada 16 Mei 2007 sememangnya menambahkan seri dan pembawa rezeki. Ramai yang bertanya apa maksud Dhafir. Dhafir dapat diertikan sebagai Yang Menang atau Yang Berjaya. Sama-samalah kita kongsi wajah-wajah comel Dhafir setakat Disember 2008.