Isnin, 29 Disember 2008

Family Trip Ke Terengganu

Trip Ke Terengganu

20 Mac 2008

Pada 20 Mac 2008 Acoy telah dipelawa untuk menjadi Ketua Hakim bagi Pertandingan Debat Piala Naib Canselor di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dengan itu kesempatan ini kami ambil untuk bercuti di Terengganu. Trip kami ke Terengganu turut disertai oleh Ibu Acoy dan Kakak (Kembar).


Perjalanan ke Terengganu memang panjang tetapi benar-benar menyeronokkan.Lihatlah betapa lenanya Dhafir tidur di dalam kereta.

Wajah Dhafir setelah tiba di Terengganu.
Mungkin Dhafir tak puashati sebab buai dibelakangnya digunakan oleh abangnya, Danish.
Ini gambar ketika kami sedang menikmati sotong celup tepung di tepi Pantai Batu Rakit.
Danish pun posing gak.
Tengoklah si Kakak tu ha, sedapnya makan. Tak sedar orang ambik gambar dia.
Uyyyai... comelnya Dhafir, macam Umi dia...
Dhafir ketika di tepi pantai.
Ha ha! Tu buat apa tu Dhafir? Main pasir ya?
Dhafir bergambar bersama ibu saudaranya.
Danish ni, ada je benda yang nak buat dia nangis!

Ha ini pulak gambar kami ketika menikmati minuman buah gelas besar.
Ha tengok tu saya order air Honey Dew gelas besar. Ha tapi ada yang lagi besar tau!
Ha ini susu botol biasa sebab tauke tu kata, susu botol besar tak ada!
Inilah menu air gelas besar yang disediakan di sini. Kami kalau tak silap minum di kedai Air Gelas Besar di Seberang takir. Kata orang kat situ yang top nya.

Pemandangan dari tepi kedai Air Gelas besar.


Kakak dan Danish lena di dalam kereta ketika perjalanan pulang dari Terengganu ke Seremban.

Tiada ulasan: