Ahad, 21 Disember 2008

Acoy Juara Pertandingan Bowling 7 Penjuru 2008

Satu Pertandingan Bowling 7 Penjuru telah diadakan di Arena Bowling di Jaya Jusco. Pertandingan ini diadakan tepat jam 9.00 malam 17 Disember 2008. Di sana 7 peserta telah beradu kemahiran bagi menentukan siapakan juara sebenar. Pertandingan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menafikan kejuaraan yang selama ini dimiliki oleh Acoy. Namun demikian Acoy tidak keberatan untuk bersaing dengan pencabar-pencabar yang sama sekali bukan saingan sebenar Acoy. Pesaing-pesaing lain antaranya adalah Noi, Nabila, Shila, Shafiq, Dayah dan Farah.

Pertandingan ini bermula sengit apabila Shila, Dayah dan Farah mencuri perhatian dengan memulakan saingan dengan cukup baik sekali. Namun berbekalkan semangat "Juara Tetap Juara"akhirnya Acoy mengungguli kedua-dua set permainan. Meskipun mata yang diraih adalah 144 mata pada set pertama dan 151 pada set kedua namun menurut Acoy, ini bukanlah mata terbaiknya, namun pada beliau .. "cukuplah mata tu. Yang penting menang. Lagipun saya menganggap pertandingan ini hanya sebagai acara pemanas badan sebelum menghadapi kejohanan yang lebih besar."

Kemenangan ini juga melenyapkan impian Shila, Dayah dan Farah yang kononnya ingin menghapuskan dominasi Acoy sejak sekian lama.

Sekian.

- Berita oleh Tak Bernama -





Syamsul dengan pose yang cukup tenang di arena bowling.

Acoy bergambar bersama koleksi Trofi Bowling yang pernah dimenanginya.
Danish menunjukkan keriangan sebagai tanda sokongan kemenangan kepada abahnya.
Shiela terduduk di tempat bola bowling memikirkan prestasinya yang kian menurun.
Shafiq, Noi dan Danish ketika sesi bergambar. Kelihatan juga Dayah dengan rasa tidak puashati dengan kekalahannya.

Tiada ulasan: