Ahad, 18 Disember 2011

Jalan-Jalan Cuti Sekolah : Berehat di Beruang Hills Resort, Melaka

Pada 17 dan 18 Disember 2011, kami sekeluarga bersama dengan Mak Lang (Ibu Mertua saya) dan juga Wan Asiah telah bermalam di Beruang Hills Resort di Bukit Beruang, Melaka. Boleh tahanlah tempatnya, suasana menarik dan tenang. Cuma yang tak boleh lawan dengan Klebang Beach Resort adalah pemandangan laut dan angin tepian pantai yang mengusik jiwa.

Tapi, bolehlah juga untuk dipertimbangkan. Suami saya kini sedang dalam peringkat survey di beberapa tempat untuk dicadangkan sebagai lokasi Family Day RAIS 2012.

Beruang Hills Resort ini merupakan cawangan kepada Klebang Beach Resort. Tapi, dari segia Dewan yang disediakan lebih menarik dan lebih canggih daripada KBR. Dan saya juga boleh katakan, kolam renang di Beruang Hills Resort lebih menarik dan luas daripada di KBR.

Tapi, suami saya kata, belum ada sebarang keputusan dibuat cuma secara tidak rasminya, kata beliau selaku Pengerusi FD RAIS untuk sesuatu tempat dipilih sebagai lokasi Family Day mestilah setaraf atau jauh lebih baik daripada KBR. Tempatnya tidak boleh terlalu luas serta senang mengawal anak-anak yang bermain di kawasan penginapan keluarga.

So, jom kita saksikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika kami menginap di sana. Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Jalan-Jalan Cuti Sekolah : Makan di Umbai & Asam Pedas di Banda Hilir!!

Pada 16 Disember 2011 hinggalah ke 18 Disember 2011, kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan cuti kami diiringi dengan santapan yang menyelerakan di Melaka. Memulakan rentak jamuan makan kami, kami telah singgah untuk merasa masakan power asam pedas di Restoran Asam Pedas Hajah Mona di Banda Hilir Melaka yang terletak berhampiran dengan Jonker Walk di Melaka. Turut sama dalam trip ini, Ibu Mertua saya (Mak Lang) bersama Kakak Kembar (Syamira).

Memang power dan bestlah masakan asam pedasnya. Suami saya makan sampai bertambah.

Kami order Asam Pedas Ikan Pari dan juga Asam Pedas Daging Tetel. Daging Tetel ni, Dhafir yang 'belasah' banyak. Kekenyangan dia bila keluar dari kedai.

Keesokan malamnya pula kami makan di Restoran Ikan Bakar Parameswara di Umbai. Pergghhh.... ini lagi tak ingat! Makanannya memasg best gilerr. Yang paling best perjalanan kami kali ini turut disertai oleh Wan Asiah yang telah bersama turut memeriahkan suasana jamuan makan kami.

Kami telah menginap di Beruang Hills Resort di Bukit Beruang kerana suami saya sedang menjalankan survey bagi mendapatkan lokasi sesuai untuk Hari Keluarga RAIS tahun 2012. Beruang Hills Resort ini merupakan cawangan kepada Klebang Beach Resort, Melaka.

So, jom kita saksikan gambar-gambar yang telah sempat kami rakamkan.



****************************

MAKAN ASAM PEDAS DI RESTORAN ASAM PEDAS HAJAH MONA

**************************** *******************************

RESTORAN MAKANAN LAUT PARAMESWARA DI UMBAI

******************************Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)