Khamis, 1 Disember 2011

Maka Siaplah Teratak Kami Yang Serba Sederhana.....

Akhirnya, setelah bertungkus-lumus (lebih kurang sebulan lamanya) kerana menegjar dateline perpindahan, akhirnya kami berpindah ke rumah baru kami di No. 108, Jalan Seri Pandan 6/1, Taman Seri Pandan, Sikamat 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Rumah dengan keluasan 45 kaki (lebar) x 100 kaki (panjang) maka kami merasakan yang rumah ini cukup selesa buat kami.

Mengambil kira nasihat dan pandangan ibu-ibu kami maka kami memilih rumah setingkat. Cukuplah beberapa tahun duduk rumah bertingkat, kali ini setingkat saja. Rasa 'heaven' sangattt!!!

So, setelah pelbagai kerjaya ubahsuai (yang boleh dikatakan minor sahaja - sebab tak buat major renovation - mungkin lain kali kot), maka siaplah teratak kami yang kami namakan sebagai Teratak Seri Pandan. Lokasi yang strategik, sebab tengah-tengah dan dekat samada nak ke Pancor (rumah ibu mertua saya) mahupun untuk ke Highway LEKAS (route suami saya bekerja ke Nilai) dan juga dekat untuk ke Bandar Seremban.

Bagaimana rupanya rumah kami setelah siap???? Jom sama-sama kita lihat 'finishing' rumah kami ini untuk tatapan anda semua. Hanya inilah adanya ........... Nak beli mahal lagi dah tak mampu!!!!

Suasana di porch depanRumput 'cow grass' yang telah mula menghijau'Mini Fountain' di hadapan pintu masuk ke dalam rumahMenghijau hingga ke laman belakangSpace yang masih lapang di belakang rumahSesuai kalau nak buat 'family barbeque'Inilah rupa ruang tamuIni pula Ruang tempat makanLaman paparan sijil dan gambar-gambar...Ini Master BedroomWardrobe saya!!!Wardrobe suami sayaRuangan study. Mudah dan selesa untuk husband saya yang kerap melayari internet serta membuat research untuk siri-siri ceramahnyaBilik air untuk Master BedroomKitchen yang telah dilengkapi Kitchen Cabinet mengikut ilham dan idea saya ....Dilengkapi dengan Mini BarRuang menuju ke bilik air tetamuIni pula bilik untuk ketiga-tiga anak kami Danish, Dhafir dan Dzaqwan!Lengkap dengan meja study (cuba tak study!)Wardrobe yang mengasingkan ruang setiap seorangRak bukuBilik Tidur TetamuJuga dijadikan Bilik Solat dan Bilik Mengaji Al-Qur'anDi sebelahnya pula bilik menonton CD dan ruangan permainan PS3Tapi PS3 tu sementara sahaja sehingga tibanya TV baru yang dijanjikan oleh Pemaju...Bilik air (joined) di antara bilik tetamu dengan bilik menontonBilik air tetamuIni pula ruangan belakang rumah yang dtambah sedikit untuk dijadikan stor penyimpanan barang, tempat washing machine, tempat penyidai kain baju dan juga ruangan menggosok baju.Masa ambik gambar ni, belum siap kemas habis sebenarnya.... So apa lagi..... kalau senang-senang datanglah ya. Kami menanti dengan hati yang terbukaaa....

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

6 ulasan:

Mie-G berkata...

Alhamdulillah...cantik rumah ungku.

Kita berjiran la kiranya..
rumah saya no.92, teres 2 tingkat.
Tapi belum pindah masuk lagi..

Selamat berjiran. :)

cikCha berkata...

cantik, kemas & teratur... :)

MyJournal berkata...

sangat cantik!!

nuraidakasih, enterprise. berkata...

Promosi kami dr nur aida kasih enterprise. Menyediakan perkhidmatan ubah suai rumah, seperti. Extend dapur, mengecat, plumbing, palter siling, partition. Dll. Hubungi kami hp0123744967.jika anda berminat nak renov rumah.

nuraidakasih, enterprise. berkata...

Promosi kami dr nur aida kasih enterprise. Menyediakan perkhidmatan ubah suai rumah, seperti. Extend dapur, mengecat, plumbing, palter siling, partition. Dll. Hubungi kami hp0123744967.jika anda berminat nak renov rumah.

Hirlan berkata...

0176620117
Kami menyediakan perkhidmatan Plumbing Dan Renovation :
-Bina rumah
-Ubah suai rumah dan pejabat/office
-Pasang tiles dan plaster siling
-Buat teble top dan kabinet
-Kerja-kerja paip
-Baiki sinki dan tandas tersumbat
-Baiki atap/bumbung bocor
-Kerja-kerja wiring
-Pasang tangki tangki air dan cuci tangki
-Pasang pintu dan tingkap
-Pasang diding partation
-MENGECAT
perkhidmatan kami dijamin berkualiti “harga boleh runding, dan kerja dijamin bertanggung jawab
HUBUNGI: 0176620117 atau guna WhatsApp pada no yang sama