Rabu, 26 Disember 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kali Ke - 8 Wahai Suamiku !!!


Pada 25 Disember 2012, maka genaplah 8 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tercinta Syamsul Amri bin Hj Ismail. Diam tak diam, anak kami dah masuk empat!! Danish Amri, Dhafir Amri, Dzaqwan Amri  dan Dzafran Amri... 

Terima kasih di atas kesudian suami untuk bersama-sama menempuh hidup bersama... semoga kita akan terus tabah dan kuat di dalam menempuh kehidupan bersama serta meredah setiap onak, duri, ranjau di sepanjang kita melayari bahtera rumahtangga.

Insya Allah, kami akan mengadakan sedikit majlis tertutup pada 31 Disember 2012 ini... insya Allah saudara mara yang rapat akan kami jemput. Namun, terima kasih kepada Hafiz (adik ipar saya) kerana sudi menyumbangkan kek dari Secret Recipe hari tu, maka dapatlah kami adakan sambutan secara ringkas sekadar tanda memperingati terlebih dahulu...


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Bersiar-Siar di Mid Valley Mega Mall !!!


Pada 23 Disember 2012, kami sekeluarga telah secara "kejutan" nya di bawa oleh suami saya berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Yang paling tidak disangka-sangka suami saya membawa kami semua menuju ke Mid Valley! Memang best... cuma...

Dzafran pulak (anak bongsu kami) meragam. Jadi, tak dapat;ah lama sangat di sana. Tapi sempat jugak la bersiar-siar kat sana. Terima kasih buat suami tersayang kerana sudi membawa kami ke sana. Dan yang best nya, sedap juga layan fastfood kat Restoran The Popeye's Chicken. Ayam goreng dan ikan gorengnya memang best! Boleh la kalau nak jadi alternatif kepada KFC dan McDonalds tu kan... Kami sempat juga selepas tu minum kopi pekat di Penangs Streets Coffee... boleh laa...

So sekali lagi terima kasih buat suami tersayang... dan marilah kita sama-sama layan gambar!


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Solat Maghrib di Masjid KLIA, Sepang


Pada 22 Disember 2012 juga, sebelum kami pulang ke Seremban, sempat kami singgah sebentar di Masjid KLIA untuk menunaikan Solat Maghrib.

Masjid KLIA ini memang tempat yang dipilih suami saya setiap kali solat Jumaat sebab katanya selesa. Di Masjid ini dengan pejabat suami saya mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Jom Layan Char Koay Teow di Bukit Naga, Klang


Pada 22 Disember 2012, sebaik sahaja selesai melawat Rumah Kak Nor, kami sekeluarga menuju ke tempat makan 'favourite' kami iaitu di kedai "Bob Char Koay Teow" di Bukit Naga, Klang.

Memang best la. Dah lama tak dapat. Masa kami makan hari tu turut ditemani ibu mertua saya, ibu saya, dan juga Induk sekeluarga.

Jom kita layan gambar!!!


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Melawat Rumah Kak Norhaniah di Perdana Heights


Pada 22 Disember 2012 yang lalu, saya dan suami telah berkesempatan ke Perdana Heights bagi menziarah Kak Norhaniah yang dikhabarkan tidak berapa sihat. Kak Norhaniah ini dikenali suami saya semenjak menjadi penceramah mengendalikan kursus di Klebang Beach Resort, Melaka yang diadakan secara usahasama beberapa tahun dahulu bersama persatuan PUSPANITA yang diterajui oleh Kak Norhaniah (atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nor).

Memang best la suasana rumah Kak Nor ni... luas, tenang dan damai... yang best sekali.... rumahnya tak berapa jauh dari rumah sahabat baik saya iaitu Zatil... sempat juga berjumpa dengan Zatil sekejap hari tu.

Tanpa melengahkan masa jom sama-sama kita tengok gambar-gambar masa kami "tour" kat rumah Kak Nor hari tu...


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)