Rabu, 29 April 2015

Di Sebalik Mencari Keriangan Hari Keluarga HBHS 2015 Mahupun Hari Keluarga RAIS 2015 !!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera serta Salam 1Malaysia,

Sebelum memulakan pergerakan tinta saya ini, suka sekali saya mengingatkan bahawa penulisan ini tidaklah saya tujukan kepada siapa-siapa... sekadar buat peringatan diri sendiri dan juga rakan taulan, saudara mara sertapengikut blog yang sedari dulu setia mengikuti perkembangan serta mengambil tahu perihal latarbelakang kekeluargaan saya menerusi ruangan ini.... 

PENTINGNYA BERMULA DI SINI.....

Di dalam zaman Perkembangan teknologi masakini... kita sudah tidak lagi memandang status dari muda sampai tua dari kampung hinggalah ke bandar mahupun ke kota-kota besar rasanya...  semua insan menikmati perkembangan peradaban teknologi ini, dan dari sini pulalah timbul idea-idea terbaru yang membuat kita kadang risau melihat situasi sekarang ini.

Risau dengan kesibukan, risau dengan kepantasan masa berlalu... Kebingungan serta kehairanan kita itu dapat kita buktikan dengan melihat tingkah laku serta pola kehidupan di sekitar kita yang mulai menunjukkan kejanggalan-kejanggalan yang tidak lazim contohnya... percakaran adik beradik, perpecahan keluarga (walau apa pun puncanya)... perebutan harta... terasa hati berkaitan isu wang ringgit dan pembahagian hak dan sebagainya... seperti biasanya, mengapa hal ini boleh terjadi di sekeliling kita agaknya?


Mungkin kita perlu imbas dan semak kembali zaman silam... di zaman Atuk, Nenek, Moyang kita... barangkali juga kita harus melihat keadaan di masa hadapan kita tentang tingginya perkembangan teknologi zaman sekarang ini dan apakah semua watak hanya menilai wang ringgit dan keduniaan semata-mata?

Dalam hal ini kita akan membicarakan asas kekeluargaan terlebih dahulu sebelum kita membahaskan tentang norma-norma seiring dengan perkembangan teknologi.

Sefaham saya lah.... Teknologi wujud untuk memudahkan perhubungan komunikasi... merapatkan hubungan... tetapi mengapa di dalam sesebuah keluarga insiden perpecahan, percakaran, pergaduhan, perselisihan masih lagi berlaku? Kerana, semua perlu faham yang teknologi tidak boleh mengubah sifat dan sikap...
Apa yang ada di dalam hati? Kalau DALAM HATI ADA TAMAN tentunya setiap keluarga akan kaya dengan kasih sayang... tapi KALAU DALAM HATI HANYA ADA DENDAM, TAMAK, DENGKI DAN SOMBONG.. maka tiadalah teknologi yang mampu menyelamatkan ahli keluarga tersebut... malahan teknologi ini akan memusnahkan lagi dan merosakkan hati sanubari ahli keluarga yang memiliki perasaan seperti ini...

Maka... bicara hari ini saya utuskan untuk semua ahli keluarga yang membaca penulisan saya ini, andai di salah erti... maaf saya dahulukan andai kata bicara saya merenggut dan menerkam jiwa anda semua.....

Tahniah buat keluarga Isteri saya, yang tak sampai dua hari lagi... bakal melangsungkan Hari Keluarga Haji Bador dan Hajah Simah (HBHS) 2015 yang masuk penganjurannya buat kali ke 15. Dan Family saya sendiri..yakni Family RAIS bakal ber "gathering" pada 22 Mei 2015 ini di Sungai Klah, Perak.... tahniah dan syabas diucapkan...

Inilah peluang terbaik untuk merapatkan saf dan menghimpunkan segala kemesraan tanpa mengira batas generasi dan taraf ekonomi....

Yang sudah sudahlah... yang baru kita ukir bersama....

Tentu ada yang bertanya tentang 'permasalahan' yang saya bangkitkan di atas tadi... tentang perpecahan, percakaran, pergaduhan, perselisihan yang berlaku dalam sesebuah keluarga... maka.. apakah jawapan penyelesaiannya... jawapannya hanya SATU wahai Saudara-Saudara ku sekalian...

Agama adalah jawapannya.. seringkali kita lupa dan alpa, untuk melihat apakah jalan yang telah digariskan oleh agama kita... bagaimana... mudah sahaja... PERTAMA; belajarlah "menyayangi",  ibarat kata "Hormati Yang Tua, Sayangi Yang Muda"... mudahnya... KEDUANYA; belajarlah membuang "ego", KETIGA ; belajarlah "meminta maaf" dan belajarlah "memaafkan".

Dalam Empat Formula yang saya nyatakan tadi... saya perhatikan... nyata yang KETIGA dan yang KEEMPAT iaitu "meminta maaf" dan "memaafkan" amat payah buat sesetengah insan... inilah tembok pemisahnya...
 

Ketika kita disakiti oleh orang lain, apakah kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak, sering sekali sangat sulit untuk memaafkan orang yang menyebabkan kita sakit. Sering kali, kesulitan untuk memaafkan adalah sebanding dengan rasa sakit yang telah terjadi. Seseorang yang telah sangat disakiti, atau orang yang dikasihinya telah disakiti, merasa bahwa seakan-akan tidak mungkin lagi untuk melupakan perasaan marah dan sakit hati.

Walaupun demikian, ada pahala yang sangat indah bila dapat melupakan rasa sakit hati atau kegetiran. Pahala ini sepadan dengan usaha yang diambil untuk melupakan kemarahan dan membiarkan diri sendiri untuk disembuhkan, dan memaafkan.

Ketidakmampuan untuk memaafkan membuat seseorang tetap berada di masa lalu; berfokus pada hal-hal yang tidak dapat diubah. Mengingat-ingat terus malahan mengungkit-ngungkit semua perkara yang telah lepas akan menjadi bukan hanya sia-sia tetapi juga tidak sihat malahan mampu MEMBUNUH muhibbah kekeluargaan. Tetap tersangkut pada peristiwa-peristiwa dan memori-memori di masa lalu, malahan berhasrat untuk diwariskan pula kepada generasi baru supaya berterusan perselisihan yang telah sedia dicipta ... entah itu sebuah kesalahan yang nyata atau hanya anggapan saja, menghalang seseorang untuk menghilangkan kegetiran beracun dan merosakkan hati sanubari yang kemudiannya lebih menyakitkan orang sekeliling...

Menjadi seseorang yang tidak dapat memaafkan juga membuat kita tidak dapat membangun, menguatkan, atau memperbaiki hubungan yang berharga. Kadang-kadang, jika seseorang yang berbuat kesalahan benar-benar menyesal dan berusaha untuk berdamai dan meminta maaf, maka seseorang yang tidak ingin memaafkan menolak kesempatan untuk memiliki hubungan yang sehat dengan orang yang belum dimaafkannya.
Dalam situasi ini, memiliki hubungan yang sihat dan bahagia dengan orang tersebut akan menjadi mustahil wa imma adik beradik sekalipun.

Ketika seseorang mampu untuk melupakan rasa sakit di masa lampau, menghilangkan kegetiran dan memaafkan orang lain, dia lebih mudah menemukan kedamaian bagi dirinya sendiri. Dia akan dapat menjadi lebih bahagia. Dia akan memiliki lebih banyak kekuatan untuk diberikan kepada teman-teman, pasangan, anak-anak, dan siapa pun yang memerlukan kasih sayang daripada nya. Percaya dan yakin KEBENCIAN DAN DENDAM tidak akan dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain malahan akan terus hidup dalam perasaan yang tidak tenang.

Kemampuan memaafkan menganugerahkan banyak keuntungan kepada orang yang bersifat pemaaf yang tidak didapatkannya jika dia tidak membiarkan dirinya sendiri untuk melupakan kemarahannya. Dia akan mencegah agar kegetiran tidak sampai merosakkan dirinya secara emosi, dia akan mampu untuk maju dan menemukan waktu bagi pertumbuhan peribadi dirinya, kebahagiaan diri dan keluarganya dan dia akan mampu mencapai kedamaian dan ketenangan di dalam hati dan dirinya sendiri. Sekarang, dia akan dapat memberikannya pula.

Dan apakah pula hukum orang YANG TIDAK PERNAH MAHU MEMAAFKAN??

Barang diingat, saya ingin berkongsi dengan sekelian ahli keluarga saya yang sudi membaca ruangan ini... orang yang selalu berusaha minta maaf, kedudukan orang ini di sisi Allah lebih mulia dibandingkan dengan orang yang tidak mahu memaafkan. Bahkan orang yang sombong, tinggi diri, terasa dirinya 'macam bagus' dan menaikkan taraf dirinya terlalu tinggi sehingga tidak mahu memaafkan orang lain maka termasuk kelompok AHLI NERAKA. 

Orang sabar dan tawakkal akan lebih mulia di hadapan Allah, dan Insya Allah akan mendapat ganti yang lebih banyak lagi baik di dunia maupun di akhirat...

Ibnu Abas r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, “Ada sepuluh golongan dari umatku yang tidak akan masuk surga, kecuali bagi yang bertaubat. Mereka itu adalah Al-Qalla’, Al-Jayyuf, Al-Qattat, Ad-Daibub, Ad-Dayyus, Shahibul Arthabah, Shahibul Qubah, Al-’Utul, Az-Zanim, dan Al-’Aq li Walidaih.

Selanjutnya Rasulullah saw. ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah Al-Qalla’ itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mengiring kepada orang yang berkuasa untuk memberikan laporan batil dan palsu.

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah Al-Jayyuf itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka menggali kubur untuk mencuri kain kapan dan sebagainya.”

Beliau ditanya lagi, “Siapakah Al-Qattat itu?” Beliau menjawab, “Orang yang suka mengadu domba

Beliau ditanya, “Siapakah Ad-Daibub itu?” Beliau menjawab, “Ketua atau Pengurus wanita yang tidak berkahlak (misalnya : pelacur).”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah Ad-Dayyus itu?” Beliau menjawab, “Dayyus adalah laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.”

Rasulullah saw. ditanya lagi, “Siapakah Shahibul Arthabah itu?” Beliau menjawab, “Pencanang atau Pencetus kepada meramaikan pada majlis-majlis yang berunsurkan maksiat dan dosa).

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah Shahibul Qubah itu?” Beliau menjawab, “Penabuh gendang kecil" (orang yang memulakan pertengkaran / persengketaan)”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah Al-’Utul itu?” Beliau menjawab, “Orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya, dan tidak mahu menerima alasan orang lain.”

Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah Az-Zanim itu?” Beliau menjawab, “Orang yang dilahirkan dari hasil perzinaan yang suka duduk-duduk di tepi jalan guna mengganggu orang lain serta membuat perkara sia-sia.

Adapun Al-’Aq, kalian sudah tahu semua maksudnya (yakni orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya).”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kalian, siapakah orang yang muflis itu? " Para sahabat menjawab "Menurut kami, orang yang muflis diantara kami adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya umatku yang muflis adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan shalat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain.

Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi. Selanjutnya, sebagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya ia dilemparkan ke neraka." (HR Muslim)
Maka, saya menyeru agar sekelian ahli keluarga... ketepikanlah sebarang perbezaan, uraikanlah segala simpulan yang menyekat, bebaskanlah segala yang mengempang... mudah-mudahan kita semua akan menjadi lebih baik daripada dulu....
Sekian sahaja dari saya, Selamat Menyambut Hari Keluarga HBHS 2015 dan Selamat menyambut Hari Gathering Keluarga RAIS 2015.... Tahniah dan syabas buat semua... dan tak sabar rasanya mendampingi kalian di 'event' yang bakal mendatang ini....
http://2.bp.blogspot.com/-mZznWcmuKNc/UlAonyG_oJI/AAAAAAAANVI/mWAy-ZTRDp8/s1600/Debat+01.jpg
Disediakan oleh : 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail @ A C O Y

Percutian di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak

Percutian di Felda Sungai Klah
Mengkawan Chalet
Sungkai, Perak Darul Ridzuan


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Selasa, 28 April 2015

"Housewarming" Rumah Dayah di OUG Parklane, Jalan Puchong

Majlis "Housewarming" 
Kediaman Ungku Norhidayah (Dayah)
18 April 2015
OUG Parklane, Jalan Puchong


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Bercuti di Avani Sepang Goldcoast, Bagan Lalang, Sepang

BERCUTI "CUTI-CUTI MALAYSIA"
DI SEPANG AVANI GOLDCOAST
BAGAN LALANG, SEPANG


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)