Ahad, 17 Julai 2011

Sambut Hari Lahir di Kuala Lumpur!!

16 Julai 2011, genaplah umur saya mencecah 31 tahun. pada hari lahir saya tahun ini, suami saya agak sibuk dengan jadual ceramahnya yang padat. Maka, pada 16 Julai 2011, tiada sebarang aktiviti untuk saya dan keluarga bersempena dengan birthday saya memandangkan pada 15 Julai 2011 (malam) hinggalah ke 17 Julai 2011 (tengahari) jadual suami saya padat dengan ceramah.

Oleh yang demikian, pada 17 Julai 2011 petang, suami saya telah membawa saya dan anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Apa yang menggembirakan, suami saya telah sudi membawa kami sekeluarga ke Pavillion, Kuala Lumpur. Memang besar betul Shopping Mall ni, banyak betul pilihan. Harga boleh tahan gak laa. Suami saya kata, tak apalah kita ke sana, nanti kalau orang bukak cerita pasal Pavillion, at least kita dah pernah pergi!

Selepas selesai kami bersiar-siar, suami saya telah membawa kami makan di tempat 'favourite' kami, apa lagi kalau bukan BB Chicken Rice (Nasi Ayam Bukit Bintang). Macam biasa! Memang best.

Terima kasih buat suami kerana sudi membawa kami berjalan-jalan walaupun agak kepenatan dengan jadual ceramahnya yang padat!

berikut dikongsikan gambar-gambar semasa kami di Kuala Lumpur!



GAMBAR-GAMBAR DI PAVILLION KUALA LUMPURSUASANA DI BB CHICKEN RICEDisediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Isnin, 11 Julai 2011

Makan Anniversary Declaration Yang ke-10

Pada 10 Julai 2011, telah berlangsungnya majlis makan-makan sempena meraikan 10 tahun perkenalan saya dan suami saya semenjak perkenalan kami di UiTM Shah Alam pada 8 Julai 2011. Diam tak diam dah sepuluh tahun kami kenal.

Dan Alhamdulillah hidup kami yang dikurniakan dengan 3 cahayamata yang menyerikan hidup kami iaitu Danish Amri, Dhafir Amri dan Dzaqwan Amri.

Terima kasih buat suami saya yang telah sudi belanja kami semua makan di Ice Room, Dataran Senawang. Terima kasih juga kepada semua yang memeriahkan majlis sederhana kami ini, antaranya Busu, Mak Usu, Kak Ina dan anak-anak mereka, ibu saya dan adik saya (Dayah).

Terima kasih sekali lagi. Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika kami berada di sana....Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Kahwin Amoi di Felda Bukit Rokan : Gambar Dari Senawang

Kahwin Siti Fazilah & Ismail : 9 Julai 2011 : Felda Bukit Rokan

BERGAMBAR DI SENAWANG SEBELUM BERTOLAK...Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)