Isnin, 11 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Siti Fazila (Amoi) & Ismail

Pada 9 Julai 2011 bertempat di Felda Bukit Rokan, telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu saya iaitu Siti Fazilah (atau lebih dikenali sebagai 'amoi' di kalangan ahli keluarga). Beliau telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan hati yang bernama Ismail yang berasal daripada Pekan, Pahang Darul Makmur.

Saya dan keluarga telah turut berkesempatan menghadiri majlis ini. Tahniah diucapkan buat Amoi dan suami, kami di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Amoi dan suaminya sehingga ke akhir hayat.

Wajah kedua-dua mempelai tatkala diarak menuju ke pelaminSuasana di singgahsana pelaminDi antara barang-barang hantaran dengan tema serba biru...Bergambar bersama beberapa generasi Hj Bador & Hjh SimahSecocok dan sepadan ibarat 'Merpati Dua Sejoli'Bergambar bersama Ayahanda dan Bonda

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

** Koleksi penuh gambar keseluruhan majlis boleh dilihat menerusi folder berikutnya

Tiada ulasan: