Selasa, 31 Ogos 2010

Gelagat Dzaqwan Makan Roti John!!

Pada 31 Ogos 2010, kami sekeluarga telah berbuka puasa di rumah ibu mertua saya di Pancor. Tambah menyerikan majlis adalah dengan kepulangan Syamsul Hafiz (adik ipar saya) yang kebetulan pulang sekejap kerana ada urusan di Subang pada 1 September 2010. Kami telah berbuka puasa dengan meriah sekali.
.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kami adalah telatah Dzaqwan ketika makan Roti John yang sarat dengan sos cili. Dia ni memang ganaslah, tak kisah pedas dia sapu sampai habis roti John tu.
.
Jomlah sama-sama kita tengok gelagat si Dzaqwan ni.
.
Dzaqwan Amri
Kini genap usia 1 tahun 2 bulan dan 2 hari
Mula menjamah roti JohnMula menghayati rasa roti John
Tetap dengan wajah comelnya!
Haiii comel betull!!!
Mula menjelajah ke tempat lain pula!
Masih lagi dengan Roti John nya
Termenung seketika
Akhirnya aktiviti membaham Roti John diteruskan!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Majlis Berbuka Puasa di Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam

Pada 29 Ogos 2010 pula, iaitu sebaik sahaj kembali dari kampung isteri saya di Tanah Baru, Johol, kami sekeluarga telah bergerak pula ke Bukit Jelutong, Shah Alam untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai di kediaman Mak Usu.
.
Suasana memang meriahlah. Makanan pun banyak so apa lagi, memang berbuka puasa dengan sesungguhnyalah.
.
Sebaik sahaja selesai majlis berbuka puasa dan solat Maghrib, secara berjemaah semua ahli keluarga telah bersolat tarawih secara berjemaah di ruang tamu rumah Mak Usu. Selesa betul sembahyang. Apa taknya, menghadap air-cond!
.
Apa pun terima kasih buat Mak Usu yang telah sudi mengadakan majlis ini untuk seluruh ahli keluarga.
.
Suasana ketika waktu berbukaWan Asiah dan Wan Batu Kikir berbuka puasa di meja VIP di dapur
Suasana meriah ketika berbuka
Pelbagai lauk pauk menyelerakan yang disediakan
Memang tak ingat betul dia punya sedapp!!
Laa... apa lak tuan rumah makan kat tangga ni!

Along layan blues buka puasa sorang di sofa
Kak Long makan sambil mendukung anak
Danish dan Dhafir sedang merancang melakukan keganasan seterusnya di rumah Mak Usu
Isteri saya ketika sedang menyuapkan Dhafir
Anak-anak Apak Sidek
Anak-anak Along
Dzaqwan di pangkuan abahnya
Dengan wajah cukup ceria
Amboi besar betul gelak Dzaqwan, ketika duduk bersama Iqbal di atas riba abahnya
Iqbal

Danish Amri
Tiga bersaudara bergambar bersama!
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Majlis Berbuka Puasa di Kg Tanah Baru, Johol

Pada 28 Ogos 2010 telah berlangsungnya majlis berbuka puasa ahli keluarga Hj Bador. Majlis berbuka puasa ini telah berlangsung dengan meriah dengan dihadiri kebanyakan ahli keluarga yang berkesempatan meluangkan masa. Majlis ini telah berlangsung di Kg Tanah Baru iaitu kampung halaman isteri saya.
.
Majlis telah dihadiri oleh;
.
1. Pak Long, Mak Long dan Zura
2. Mazli dan Mimi sekeluarga
3. Pak Andak, Mak Andak dan anak-anak
4. Mak Ngah (ibu mertua saya) dan Dayah
5. Cik Ujang, Cik Rodi dan anak-anak
6. Busu dan Mak Usu
7. Acoy, Noi dan anak-anak
8. Amy, Mala dan anak
.
Sebaik sahaja selesai majlis berbuka puasa dan maghrib, seleuruh ahli keluarga telah bersolat Isya' secara berjemaah dan kemudiannya bertarawih dan witir.
.
Majlis ini benar-benar telah menceriakan Atuk dan Wan di Kampung. Adalah diharapkan agar program baik seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Insya Allah.
.
Mazli ketika sedang membelek profile keluarga Hj Bador dan Hjh Simah
Noi bersama Dzaqwan ketika menantikan waktu berbuka puasa
Makanan yang dibawa masing-masing mula dihidangkan
Entah apa yang dibeleknya kat Busu di meja makan tu!
Comelnya Dzaqwan!!
Juadah yang membuka selera
Suasana ketika menantikan waktu berbuka
Dhafir yang dah berbuka puasa siap-siap
Mak Andak, Mak Long dan Wan yang sibuk dengan persiapan di dapur
Menyiapkan air, menyalinkan lauk dan macam-macam lagi
Lauk ikan 3 rasa special daripada Busu
Anak Mala yang aktif berkeliaran
Hidangan semakin memenuhi meja makan
Pergghhh... ememang tak tahan tengok!
Cik Rodi yang sudah mula bersiap sedia
Mak Usu termenung di tangga. Dah kahwin tak apa!
Dzaqwan yang paling aktif mengacau pada hari tu
Siap sedia untuk diterkam!!
Meja khas untuk kuih muih dan buah-buahan
Suasana ketika makan di lorong ke dapur
Atuk turut sama mencapai hidangan sebaik tiba waktu berbuka puasa
Semua menikmati hidangan yang disediakan. Boleh kata semua sedaplah!!
Kekenyangan selepas makan!!
Atuk berbual sesuatu dengan Cik Ujang
Meja makan masih lagi menjadi tumpuan hingga ke selepas waktu Maghrib
Pak Andak dan mak Andak membelek profile keluarga
Mimi dan anaknya Aqil ketika sudah bersiap sedia untuk pulang
Dzaqwan ceria di sisi Wan Alongnya
Mak Long bersalaman sebelum berangkat pulang ke Palong
Amy dan anaknya pula bersiap untuk pulang ke Bukit Rokan
Mak Andak juga bersiap untuk berangkat pulang ke Rasah Jaya
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)