Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir Buat Syamsul @ Acoy !!!

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran
.
Yang Ke-33
.
Buat
Syamsul Amri bin Hj Ismail @ Acoy
.
.
Bersempena dengan ulangtahun kelahiran Syamsul / Acoy iaitu suami saya yang tersayang, satu majlis kenduri telah diaturkan pada 3 Ogos 2010, jam 8.00 malam bertempat di No 3, jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Majlis kenduri tahlil arwah ini bersempena 4 niat utama iaitu:
.
i) Tahlil Arwah buat Arwah Abah, Arwah Atuk Lebai Alias dan Arwah Atuk Rais Nasian;
ii) Kenduri Doa Selamat bersempena menyambut Ramadhan; dan
iii) Kenduri Bersempena Hari Ulangtahun Kelahiran;
.
Program ini telah dianjurkan oleh Acoy dan saya sekeluarga, juga anjuran bersama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi yang dipengerusikan oleh Syamsul/Acoy sendiri bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
.
Terima kasih tidak terhingga buat semua tetamu yang hadir pada malam itu termasuklah; Atuk dan Wan dari Kg Tanah Baru, Busu dan Mak Usu dari Shah Alam, Mak Long dan Pak Long sekeluarga daripada Palong, Ida dan Helmi dari Paroi, Kak Yanti sekeluarga dari Paroi, Cik Ahmad dari Serting, Pak Andak dari Rasah Jaya, Mak Mok dari Paroi, Pak Long Rasah sekeluarga, Tuk Teh dan Wan Ateh dari Pinggiran Golf dan Along Nazaruddin sekeluarga dari Paroi. Terima kasih juga buat sekelian Ahli Jawatankuasa KRT PRSP Paroi yang berkesempatan hadir terdiri daripada Bangah Kamsani, Kak Ngah, Kak Induk, Kak Juriah, Azman Ab Hamid serta lain-lain lagi.
.
Paling utama, 'katerer' yang telah berjaya menyediakan hidangan menyelerakan iaitu tidak lain tidak bukan Ibu Mertua saya dan Fadzly daripada Panchor.
.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada barisan jiran-jiran daripada D'areca Taman Bandar Senawang yang telah sudi melapangkan masa hadir. Tidak lupa juga buat sahabat baik suami saya iaitu Hanif Osman, Azhar Zamani (Derah) dan Idris Daud (Anyah).
.
Terima kasih juga buat Tuan Hj Shamsudin, Imam Masjid Paroi dan Tuan Nasuludin (Cik Atan) yang telah sudi bersama-sama denga jemaah Surau Kg Panchor mengendalikan Tahlil Arwah dan Bacaan Doa Selamat dengan jayanya.
.
Saya juga tidak mungkin melupakan jasabaik sahabat-sahabat seperjuangan saya daripada SMK Senawang yang juga telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
.
Bagi pihak suami saya, mengucapkan terima kasih juga buat anak-anak didik perdebatan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai yang turut telah hadir pada sebelah petangnya demi meraikan hari lahir 'TokGuru' mereka ini.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program dilaksanakan.
.
Syamsul mula memasang meja-meja untuk majlis bermula pada sebelah petang
Menjelang pukul 5.30 petang meja telah siap disusun bersama kerusi
Alas meja mulai dipasang
Selesai meja dan kerusi disusun lengkap dengan alas mejaHampir jam 7.00 ketibaan group USIM (anak murid Debat Acoy) turut berhasrat ingin meraikan bersama 'Tok Guru' mereka
Pelbagai hidangan dibawa oleh group USIM ini; KFC, Kek Secret Recipe dan juga minuman
Kek istimewa untuk Abang Acoy. Terima kasih di atas ingatan
Birthday Boy dengan aksi ingin memotong kek
Bergambar bersama. Dari kiri berdiri; Izzati (sedang dukung Dzaqwan), Izzat (sedang dukung Dhafir) dan Azri Naim. Duduk dari kiri; Syamsul (Acoy) dan Ikhwan
Kali ini 'interframe' kat tengah tu Irhamudin (baju gelap)
Menikmati hidangan sambil dikacau oleh Danish, Dhafir dan Dzaqwan
Bergambar bersama Dhafir dan Danish di ruang tamu
Izzati duduk memangku Dhafir
.
Berikut gambar pada sebelah malamnya..... ketika kenduri dilangsungkan...
.
Kelihatan jemaah surau lelaki mulai masuk ke dalam rumah bagi memulakan majlis tahlil dan doa selamat
Lebih 50 orang jemaah dianggarkan telah hadir
Kelihatan Along (sepupu Syamsul/Acoy) yang tiba bersama anaknya
Suasana sebelum tahlil bermula
Ruang tamu dipenuhi jemaah lelaki sementara semua tetamu perempuan menanti di luar di bawah khemah
Kelihatan Busu (baju belang) turut menyertai tahlil arwah ini
Suasana tenang di dalam rumah ketika tahlil dimulakan
Tn Hj Shamsudin (berbaju merah) mengetuai majlis tahlil ini
Jemaah mengaminkan bacaan doa
Sahabat seperjuangan dari SMK Senawang
Lagi sahabat dari SMK Senawang
Para tetamu mendengar ucapan ringkas terima kasih daripada Syamsul sambil mempelawa semua yang hadir bagi menikmati hidangan yang telah disediakan
Suasana ceria di kalangan yang hadir
Loving couple!!
Amboii!!! Ceria sangat nampaknya!!
Dari kiri; Mak Long Rasah, Ibu Mertua saya dan Isteri kepada Imam Hj Shamsudin
Cik Ida (Pancor) dan Rusni (sepupu Acoy)
Cik Ton Pancor dan Cik Yam Pancor
Suasana meriah ketika hidangan mula diambil
Mimi mendukung anak bongsunya (setakat inilah...)
Barisan AJK; Kak Ngah (duduk), Kak Long, Kak Induk dan Kak Juriah
Ida bersama Pak Long
Cik Ahmad dari Serting
Hah sapa lak ni???? Siapa lagi kalau bukan adik saya si Dayut!!!
Helmi dan Ida
Mak Long bersama Dayah. Masalah mata Dayah nampaknya masih belum selesai setiap kali menghadapi kamera! Penyakit yang tiada ubatnya!!
Mak Usu dari Shah Alam
Suasana ketika semua menjamu selera
Suasana jemaah wanita ketika menikmati jamuan di dalam rumah sambil menonton TV
Suasana meriah ketika jamuan berlangsung
Imam dan VVIP makan di meja utama yang disediakan
Kek khas daripada AJK KRT PRSP ParoiBirthday Boy bersedia memotong kek yang disediakan
Berposing dengan kek yang ada
Mula memotong kek yang disediakan
.
Berikut pula, mari kita tengok hadiah-hadiah yang diperolehi pada malam itu....
.
Tali leher dan klip 100% silk khas daripada ibu Syamsul/Acoy iaitu ibu mertua saya
Pen daripada jiran sebelah rumah, En Izam
Jam yang memang cantik dan eksklusif daripada Mak Sedara'favourite' suami saya iaitu Mak Long Limah
Pen Sheaffer dari.... ehem..ehem... sayalahhhh....
Frame gambar anak-anak ...pun ... dari saya
Jersi team favourite suami saya iaitu LIVERPOOL disumbangkan oleh Adik Piji dan Fadzly (Adik Acoy)
.
Itu sahaja buat kali ini, kita jumpa lagi di lain masa... insya Allah. Sekali lagi Happy Birthday buat suami saya yang tersayang.....
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar / Noi

Tiada ulasan: