Rabu, 11 Ogos 2010

Hari Keluarga Hj Bador 2010 : Acara Sukan (Pagi)

Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Acara Sukan (Pagi)
.
7 Ogos 2010
.
Acara perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Acoy selaku Pengerusi Program Hari Keluarga 2010. Kemudian diikuti ucapan, cadangan serta pandangan daripada wakil setiap keluarga yang hadir. Selepas itu YBhg Hj Bador (Atuk) telah menyampaikan ucapan perasmian.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian daripada YBhg Tn Hj Bador (Atuk), majlis telah dimulakan dengan penyampaian hadiah 'door-gift'. Hadiah berupa satu set tupperware dan towel dengan sulaman HBHS yang membawa maksud Hj Bador & Hjh Simah untuk semua yang hadir.
.
Selesai acara penyampaian 'doorgift', Mak Long Limah yang begitu baik hati telah menyampaikan 'ang pow' buat kesemua cucu-cucu yang hadir ke majlis Hari Keluarga ini. Terima kasih diucapkan buat Mak Long Limah.
.
Sebaik sahaja selesai majlis penyampaian 'ang pow' ini, acara sukan telah dimulakan dengan acara kanak-kanak belum sekolah, diikuti dengan acara kanak-kanak yang telah bersekolah dan seterusnya kategori remaja. Acara sukan ini telah dikelolakan oleh saya sendiri. Acara telah berlarutan hingga ke jam 1.00 tengahari sebelum berhenti rehat seketika bagi memberi laluan untuk semua ahli keluarga makan tengahari dan juga mandi serta solat Zohor.
.
Di antara acara yang telah dijalankan adalah acara tiup belon, cari selipar bapa, kutip kacang paling banyak, pakai baju paling cepat, pijak belon, rebut kerusi (musical chair) dan sebagainya.
.
Mazli menerima 'door gift' daripada Atuk
Abang Sibi dan Kak Ina
Helmi
Helmi dan Ida
Sayalah tuu... Mak Usu
mak Long menyampaikan 'ang pow' buat semua cucu-cucu
Atirah
Danish menerima 'ang pow'
Dhafir
Nazri
Mukri
Aina
Nurin
Aliff
Anak Ida dan Helmi yang demam, lena di dalam buaian
Suasana ketika acara ingin dimulakan
Busu memberi peluang semua baby membuat cabutan bertuah untuk hadiah misteri
Semua mencuba nasib
Penuh debar menunggu siapa pemenangnya
Semua berebut-rebut mencuba nasib
Akhirnya anak Ida diisytiharkan sebagai pemenang hadiah misteri. Pergghhh... teddy bear tuh!!
Acara sukan bermula!
Acara kutip kacang
Dhafir duduk di sisi kacang sebelum pengiraan dibuat
Proses pengiraan kacang bermula
Danish duduk tenang di sisi kacangnya. Danish akhirnya diumumkan pemenang tempat kedua
Acara lumba pakai baju paling cepat
Semua peserta bersedia
Dzaqwan sibuk bersiar-siar ke serata Dewan
Acoy duduk berbual bersama Mak Long Limah. Mak Sedara 'favourite' Acoy
Dari kiri; Acoy, Mak Long Limah, Pak Long dan Zura
Pertandingan meniup belon sampai pecah bermula!
Kak Ina tutup telinga tak sanggup dengar bunyi belon meletup!
Dzaqwan sibuk menggigit belon
Semua berusaha gigih meniup sampai meletup
Sudah semakin membesar
Dzaqwan leka dengan belonnya
Ini pulak acara musical chair
Persaingan yang cukup sengit!
Semakin ramai yang terkeluar.


Akhirnya tinggal 4 peserta....
Kini tinggal tiga.
Pertandingan akhir. Nadia melawan Angah Mukri.
Akhirnya Angah Mukri diisytihar
Pertandingan mencucuk ekor lembu sambil menutup mata
Pelbagai rupa lembu bila ekor selesai dicucuk!
Masing-masing mencucuk dengan menggunakan mata hati!
Pertandingan memecahkan belon kategori remaja. Semua peserta dikehendaki memecahkan belon yang terikat di kaki lawan tanpa memecahkan belon di kaki sendiri.
Acara ini telah dimenangi oleh Zura.
.
.
.
Oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: