Rabu, 23 Februari 2011

Jom Makan Ayam Nando's...!!

19 Februari 2011, Kuala Lumpur : Sudah lama rasanya tidak menikmati hidangan ayam Nando's yang cukup terkenal dengan ayam dan sos 'pedas' nya. Dulu masa mula-mula couple dengan suami semasa di UiTM ada gaklah makan kat Nando's di Shah Alam.
.
Bila dapat makan semula kat sana, memang best. Memang sedaplah, tak adalah berubah sangat. Dan yang tak berubah jugak harganya yang tetap mahal.
.
Kebetulan pulak hari tu, mak saya dan kami semua ke KL sebab nak cari spare part alat ganti TV Plasma Samsung yang rosak. Kata tukang repair tu IC regulator nya yang rosak, so, kitaorang fikir nak carilah kat KL. Menurut mak saya benda ni boleh cari kat Jalan Pasar.
.
So, itulah sebabnya kami ke sana. Sampai kat Jalan Pasar rupa-rupanya benda ini ada macam-macam jenis dan ikut nombor siri. Nombor sirinya pulak tak ada so kenalah balik semula untuk tengok.
.
Itu yang kami lepas tu merewang pulak. Itulah yang sampai ke Sogo tu. Banyak gak sale sekarang ni yek!
.
Tak apalah, nanti 25 ni nak 'fly' ke Terengganu... kat sana pun boleh shopping ya tak!!!
.
Wajah Dzaqwan Amri yang mula mengantul ketika di Nando's
Duduk diam sahaja nampaknya!

Memerhatikan air fresh orange yang baru sampai

Danish Amri...
Amacam???

Dzaqwan mula nak memanjat meja
Saya dan Danish

Danish bergambar dengan replika 'seafood' di luar Sogo
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Selasa, 15 Februari 2011

Jom Makan di Penang Street !!

Pada 15 Februari 2011, kami sekeluarga telah keluar mencari tempat makan yang best-best kat Senawang. So, akhirnya kami mencuba di Restoran Penang Street di Dataran Senawang, macam-macam menu ada.
.
So, masa tu saya cubalah order Asam Laksa, manakala suami saya order Nasi Goreng Cina. Lain-lain kami juga mencuba prawn omelette dan juga ayam goreng belacan.
.
Memang boleh tahanlah makanannya, cuma agak mahallah sikit....
.
Tapi kalau nak cuba... apalah salahnya...
.
Dhafir ketika sedang menanti makanan
Danish Amri

Saya juga menantikan asam laksa yang belum sampai...
Suami saya bergambar bersama Danish

Danish Amri dan Dhafir Amri
Ayam Goreng Belacan
Prawn Omelette
Asam Laksa
Nasi Goreng Cina
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Rabu, 9 Februari 2011

Tahniah Buat Mizan & Diana di atas Kelahiran Baby baru!!

Tahniah buat Mizan & Diana di atas kelahiran anak bongsu mereka iaitu Dhia Qisya Zulaikha pada 1 Februari 2011 tepat jam 7.59 malam. Kelahiran anakanda mereka berlangsung di Hospital KPJ, Seremban. Dengan kelahiran ini mereka kini sudah memiliki dua orang puteri di dalam keluarga mereka.
.
Mizan dan Diana ini merupakan jiran kami di Taman Bandar Senawang. So, pada 6 Februari 2011 yang lalu, kami sekeluarga telah berkesempatan melawat baby baru ini. Memang cute dan comellah! Tidak terkata comelnya....
.
Apa pun tahniah buat Diana & Mizan. Nampak gayanya terpaksalah kita berbesan nanti. You all ada 2 anak perempuan, kitaorang ada tiga anak lelaki. He he he!!!
.
So, berikut dikongsikan beberapa gambar yang sempat kami rakamkan ketika kami menziarahi Dhia Qisya Zulaikha.
.



















.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Kenduri Tahlil & Doa Selamat : Persediaan Pagi Sebelum Kenduri













.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)