Isnin, 4 Julai 2011

Kepulangan Achik Julie ke Jerman : Ketibaan di KLIA

Setelah lebih 2 minggu berada di Malaysia, akhirnya masa yang dinanti tiba juga iaitu saat kembalinya Achik Julie dan Nira ke Jerman. Keberangkatan pulang Achik Julie dan Nira turut diiringi saya dan keluarga, Induk, Afiq, Iqbal, Mak Usu, Atama dan Baby (dan juga rakan-rakan sekuliahnya). Kami yang tiba awal sempat jugalah merakamkan beberapa gambar ketika kami lepak di Anjung Tinjau sementara menanti ketibaan yang lain. Saya, suami (Acoy), Danish, Dhafir dan Dzaqwan tiba lebih kurang jam 8.30 malam di KLIA. Penerbangan Achik Julie dijangka berlepas pada jam 11.45 malam. So, dua jam sebelum mesti dah check-in dan 20 minit sebelum mesti dah boarding dah! So, Selamat Jalan diucapkan buat Achik dan Nira.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: