Isnin, 4 Julai 2011

Majlis Khatam Al-Qur'an Cik Ton Panchor

Pada 21 Jun 2011, telah berlangsungnya majlis Khatam Al-Qur'an Cik Ton, iaitu merupakan anak murid mengaji kepada Ibu Mertua saya. Majlis tersebut telah berlangsung di rumah Ibu Mertua saya di Rumah Rakyat Pancor. Majlis tersebut telah dijayakan oleh ahli-ahli kumpulan berzanji Najihatun Najah yang turut dianggotai oleh Ibu Mertua saya.

Suami saya, yang kebetulannya baru sahaja tiba daripada Brunei mengikuti Pertandingan Debat Pendidikan Islam Universiti-Universiti ASEAN selaku Jurulatih Debat Pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah turut sama hadir ke majlis ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika majlis tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: