Ahad, 18 Disember 2011

Jalan-Jalan Cuti Sekolah : Makan di Umbai & Asam Pedas di Banda Hilir!!

Pada 16 Disember 2011 hinggalah ke 18 Disember 2011, kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan cuti kami diiringi dengan santapan yang menyelerakan di Melaka. Memulakan rentak jamuan makan kami, kami telah singgah untuk merasa masakan power asam pedas di Restoran Asam Pedas Hajah Mona di Banda Hilir Melaka yang terletak berhampiran dengan Jonker Walk di Melaka. Turut sama dalam trip ini, Ibu Mertua saya (Mak Lang) bersama Kakak Kembar (Syamira).

Memang power dan bestlah masakan asam pedasnya. Suami saya makan sampai bertambah.

Kami order Asam Pedas Ikan Pari dan juga Asam Pedas Daging Tetel. Daging Tetel ni, Dhafir yang 'belasah' banyak. Kekenyangan dia bila keluar dari kedai.

Keesokan malamnya pula kami makan di Restoran Ikan Bakar Parameswara di Umbai. Pergghhh.... ini lagi tak ingat! Makanannya memasg best gilerr. Yang paling best perjalanan kami kali ini turut disertai oleh Wan Asiah yang telah bersama turut memeriahkan suasana jamuan makan kami.

Kami telah menginap di Beruang Hills Resort di Bukit Beruang kerana suami saya sedang menjalankan survey bagi mendapatkan lokasi sesuai untuk Hari Keluarga RAIS tahun 2012. Beruang Hills Resort ini merupakan cawangan kepada Klebang Beach Resort, Melaka.

So, jom kita saksikan gambar-gambar yang telah sempat kami rakamkan.



****************************

MAKAN ASAM PEDAS DI RESTORAN ASAM PEDAS HAJAH MONA

**************************** *******************************

RESTORAN MAKANAN LAUT PARAMESWARA DI UMBAI

******************************Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

1 ulasan:

Papa-NtiQ berkata...

kebetulan saya pun baru pegi kat Hjh Mona dalam bulan ni. Not bad. Ramai nye orang.
Pics dah upload dalam blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com senang2 tu singgah la yer. Topik blog saya 100% makan makan dan makan hehe takde topik lain.
Ok lah jumpa lagi...kalu sudi follow yer blog saya TQ