Ahad, 11 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Fida !!

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ & FIDA 11 DISEMBER 2011



Pada 11 Disember 2011, telah berlangsungnya majlis perkahwinan Mohamad Hafiz bin Abas bersama pilihan hatinya Norafida binti Abd Rahman. Mohamad Hafiz merupakan anak lelaki kepada Pak Long Abas. Majlis Perkahwinan ini telah berlangsung dengan meriahnya di Ayer Hitam, Serting.

Saya bersama keluarga telah tiba di Ayer Hitam kira-kira jam 12.30 serentak dengan perarakan Pengantin Baru.

Meskipun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, majlis ini tetap berlangsung dengan cukup meriah sekali. Hafiz dan Fida merupakan rakan sekerja di mana cinta mereka berputik juga di tempat kerja. Kedua-dua mempelai ini kini bertugas selaku jurupulih kenderaan di Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON).

Majlis ini menjadi bertambah meriah dengan kehadiran satu bas rombongan pengantin perempuan daripada Kedah Darulaman.

Sekali lagi dengan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Hafiz dan Fida, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan segera menimang cahaya mata. Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat.




Mak Andam memperbetulkan setting di PelaminBersiap sedia di pelaminKedua-dua mempelai tampak ceriaKeriangan jelas terpancar di wajah kedua-dua pengantinSuasana di khemah jamuanSuasana di tepi pelamin meriah dengan kehadiran keluarga sebelah pengantin perempuanAhli pasukan kompang mula mengambil tempat di bawah khemahMenuju ke tempat bermain kompang di bawah khemahDi antara jurukamera yang berebut-rebut merakamkan detik bersejarah pengantin baruPaluan kompang dimulakan di bawah khemahBermain dengan penuh semangat!Pelbagai lagu yang dialunkan untuk memeriahkan suasanaSuasana di meja santapan raja sehariFida menyuapkan nasi kepada kekandanya...Giliran Hafiz pula menyuapkan adindanya....Pak Long Abas yang bergaya dengan baju melayunya menyambut para tetamu yang datangSuasana meja santapan untuk pihak keluarga pengantin perempuanDik Mat dan Along Nazaruddin juga turut sama memeriahkan suasana....



Selesainya kenduri di Ayer Hitam, kami pulang ke Seremban dengan melalui Jalan Simpang Pertang, Kuala Klawang. Sebelum Kuala Klawang, sempat kami singgah di sebuah gerai di petaseh yang menjadi tempat persinggahan makan durian kami sebelum ini. So, kami singgah di sana sebab tiba-tiba pulak lapar (walaupun dah makan tadi).

Di sana kami makan mee goreng basah. Goreng Pisang pun sempat kami rasa...Memang sedap. Sempat gak merasa sebiji buah durian. Rasanya... bolehlah!!

So jom kita tengok gambar.
Danish ketika menjamah pisang gorengDhafir merasa air SoyaDzaqwan dengan aksi comelnya...Saya minum air sirap yang suami saya orderSuasana di geraiSuami saya menjamah Mee Goreng Basah.Danish dan Dhafir pun berselera makan Mee Goreng Basah ni.Inilah durian yang sempat kami rasa Memang bestlah makan kat sini. Lain kali, bolehlah singgah lagi!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: