Ahad, 21 Disember 2008

Majlis Kenduri Berandoi Di Rumah Tuk Teh

21 Disember 2008 - Satu majlis kenduri doa selamat, tahlil telah diadakan di kediaman Tuk Teh di Taman Pinggiran Golf. Majlis telah dimulakan sejak jam 9.00 pagi . Pada jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan istiadat berandoi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Acoy (gambar) dan ahli kumpulan berandoi yang telah ditubuhkan tidak sampai seminggu dari trikh kenduri Tuk Teh. Alhamdulillah kumpulan berandoi tersebut telah berjaya melaksanakan istiadat syair berandoi tersebut dengan penuh jayanya. Ahli kumpulan yang terdiri dari sembilan anggota di mana kesemua ahli tersebut merupakan anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai.

Skrip dan lirik berandoi yang penuh kesyahduan dan unsur-unsur nasihat itu adalah diilhamkan oleh Allahyarham Lebai Alias bin Wahab iaitu Datuk kepada Acoy. Adalah diharapkan dengan adanya istiadat berandoi ini maka nilai-nilai buadaya, kemasyarakatan dan tradisi ini akan terus diperkembangkan sampai bila-bila.

Selepas selesai istiadat berandoi, majlis diteruskan dengan acara marhaban dan berzanji yang dikelolakan oleh Kumpulan Berzanji Wanita Taman Pinggiran Golf. Kemudian lebih kurang jam 10.30 pagi, majlis diteruskan dengan bacaan Yasiin oleh jemaah Masjid Paroi Jaya.

Pada jam 11.30 pagi kesemua tetamu menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.


Kumpulan Berzanji yang didatangkan khas dari MPN
Anak yang didodoikan dengan andoi tidur lena di dalam buaian.
Kumpulan ini mengandoikan irama merdu agar anak di dalam buaian lena di dalam nasihat dan doa yang didendangkan.


Selepas selesai berandoi kesemua ahli kumpulan menikmati jamuan kuih-muih serta pulut kuning yang idihidangkan oleh Tuan Rumah.
Ahli kumpulan sempat berbincang sambil menikmati jamuan.

Ahli Kumpulan Andoi bergambar bersama Tuk Teh selepas selesai Majlis Berandoi.


Kelihatan saya, Mak Long dan Mimi ketika sesi jamuan makan tengahari.
Mazli yang kelihatan bersungguh-sungguh ketika makan.

Tiada ulasan: