Selasa, 9 Disember 2008

Majlis Perkahwinan Busu di Tunku Muhammad School (TMS)

SELAMAT PENGANTIN BARU
Mohd Khairuan b Hj Bador (Busu)
&
Fatimah Syam bt Sulaiman (Mak Usu)

Gambar-Gambar persediaan di Rumah Atuk
di Kg Tanah Baru pada 6 Disember 2008
(sebaik sahaja pulang daripada Kg Gachong).

Beramai-ramai menyiapkan buah tangan untuk Tetamu jemputan yang bakal diberikan kepada jemputan esok hari.
Ada yang tak sempat tukar baju pun. Pakai baju kenduri tadi je terus buat kerja.
Pak Long memrhatikan ibarat mandor yang sedang memastikan kelancaran kerja.


Gambar Persediaan di Tunku Muhammad School (TMS)
Pada Sehari Sebelum Majlis Perkahwinan dilangsungkan Di Dewan TMS

Gambar Diambil Pada 6 Disember 2008
menunjukkan keadaan Dewan yang masih diperingkat penyediaan.
Pelamin juga sedang dipasang di atas pentas.

Keadaan panel Pelamin yang masih belum siap dipasang
Petugas pelamin sedang memasang pelamin berseorangan. Ini sememangnya tugas profesional.
Proses menghias bermula. Di sini bantuan lain telah mula tiba.

Akhirnya inilah Pelamin yang telah berjaya disiapkan. Memang menarik, dan menunjukkan hasil kerja yang teliti dan mengkagumkan.
Pemandangan Ruang Dewan yang telah disiapkan. Kelihatan juga meja santapan Raja Sehari juga telah disiapkan.

Gambar Hari Perkahwinan
Mohd Khairuan & Fatimah Syam
di
Tunku Muhammad School (TMS)
pada
7 Disember 2008

Ahli Keluarga selaku 'Orang Pangkal' dipelawa untuk makan terlebih dahulu sebelum ketibaan tetamu.
Antara anak-anak buah yang sedang menikmati jamuan makan tengahari.
Mazli sedang menceduk nasi kepada anak-anak buah yang dikasihi.
Rajin betul si Mazli ni.
Suasana di dalam Dewan TMS.
Antara penyanyi-penyanyi jemputan bagi mengiringi tugas DJ yang dijemput mengelolakan majlis.
Gambar Pintu Gerbang yang dihias indah untuk laluan Raja Sehari dan rombongan dari Kg Gachong.
Pak Long dan Mak Long yang sabar menanti di khemah keluarga menyambut Tetamu.
'Loving Couple', Pak Andah dan Mak Andak yang baru tiba dengan hadiah untuk Raja Sehari.
Lagi posing Pak Andak & Mak Andak.

Set Karaoke yang telah tersdeia di susun.
Ahli keluarga sudah mula memenuhkan ruang menunggu bagi penyambut tetamu bagi pihak keluarga Pengantin Lelaki.
Ketibaan pasukan kompang yang didatangkan khas daripada Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi.
Pasangan Pengantin sudah mula bersedia untuk berarak ke Dewan TMS untuk istiadat Persandingan.
Pengantin mula diarak sambil diiringi paluan kompang.
Pasangan Pengantin turut diiringi sanak saudaran Pengantin Perempuan.
Antara ahli keluarga yang menanti disisi jalan bagi menyaksikan detik bersejarah pasangan pengantin yang bakal bersanding.
Syafiq, dengan setianya menjunjung Bunga Manggar bagi mengiringi Raja Sehari sehingga ke Dewan TMS.
Keluarga menanti dengan penuh sabar ketibaan Raja Sehari ke dalam Dewan TMS.
Sheila sebagai Flower Girl yang sempat berposing sebelum ketibaan pengantin.
Farah pun sebagai Flower Girl sempat juga berposing dulu. Aik macam tak balance je dengan Flower Girl yang sorang lagi... heh he he.
Atuk dan Wan menanti ketibaan Raja Sehari di ruangan masuk Dewan TMS.
Pasangan Penganti akhirnya tiba di perkarangan Dewan TMS.
Fuhh... Alan pun dah macam Pengantin dah ni. Macam tak lama lagi je!!!
Hafiz dan Pasangannya yang sempat hadir daripada Tapah untuk menyaksikan Busu di Majlis Persandingan. Bila agaknya ni?
Raja Sehari tiba di Gerbang Dewan TMS.
Pasangan Pengantin yang memang sepadan 'Bagai Pinang Di Belah Dua'.
Pasukan Kompang PRSP Paroi yang tidak henti bermain kompang dengan irama yang menarik hati jemputan.
Ratusan hadirin sudah mula memenuhi ruang Dewan TMS.
Sanak saudara yang sudah mula memasuki Ruang Dewan TMS bagi memeriahkan upacara.
Pasukan kompang PRSP Paroi melagukan kompang yang dipalu mengiku irama yang tidak akan dapat dilupakan oleh Raja Sehari.
Tetamu yang hadir turut menanti hingga lagu selesai dimainkan sebelum turut masuk ke dalam Dewan TMS.

Raja Sehari bersanding di singgahsana Pelamin yang indah dan ceria.
Detik indah dirakamkan untuk tatapan semua.
Pemandangan dalam Dewan.
Antara tetamu dari sebelah Pengantin Perempuan yang sempat hadir bersama.
Pengantin Perempuan melemparkan pose istimewa buat tatapan semua.
Beginilahj suasana kemeriahan persandingan Busu & Mak Usu.
Saudara Mara dan Jemputan memulakan sesi menepung tawar.
Ehh... si Shiela ni pulak yang posing. Apahal lak ni??? Tak apalah, Flower Girl lah katakan.

Lagi wajah saudara mara menepung tawar.

Rakan-rakan turut mengambil kesempatan untuk menepung tawar.
Menepung tawar sambil mengusik pengantin menimbulkan suasana ceria di pentas pelamin.
Entah apa yang dibicarakan sehingga menyebabkan Raja Sehari tertawa.

Cik Rodi sempat melemparkan pandangan kepada Jurugambar sebelum menepung tawar.
Aikk.. Farah pun nak berposing. Hmm.. tak apalah.
Saudara-mara meneruskan sesi menepung tawar.
Atam membelakangi kamera ketika menepung tawar.
Rakan-rakan Alumni TMS yang turut mengambil kesempatan bersalaman dengan Busu. Geng-geng lama yang telah belasan tahun terpisah.
Mak Long, ibu saudara 'favourite' turut mengambil kesempatan menepung tawar.
Fulamak, Mak Long siap posing dengan Pengantin Perempuan. Pergghh.. fotogenik lah Mak Long.
Rakan-Rakan Alumni TMS.
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Rakan Alumni
Ini gambar Mala membelakangi kamera ketika menepung tawar.Eh, pandang jugak ke kamera. Ha inilah wajah mala terkini.
Kek yang bakal menjadi rebutan keluarga selepas majlis selesai. kek ini disumbangkan oleh.... sayalah heh he he.
Gambar sanak saudara dan jemputan yang menikmati hidangan yang telah disediakan. memang lazat.
Gambar Tuk Teh pun sempat dirakamkan ketika jamuan.
Wajah suami tersayang yang sedang makan di meja santapan Raja Sehari.
Busu dan Mak Usu ketika si ruang santapan Raja Sehari. Memang cun lah.
Mintak hulur lauk lagi bang. Telur dadar tak ada ke?
Raja Sehari menjamu selera di meja santapan utama.
Suasana meriah dirasakan di dalam Dewan TMS.
Kawan Lama Busu yang baru tiba di Dewan TMS.
Sanak Saudara memenuhi ruang khemah di perkarangan Dewan.
Mala sedang memangku Dhafir yang sedang lena tidur di pangkuannya. Letih sangatlah tuu...
Tuk Teh kelihatan memanggil tetanmu di luar Dewan yang masih belum masuk untuk makan.
Gambar Jebon yang sedang membicarakan sesuatu kepada adiknya sambil diperhatikan oleh isterinya. jebon ni pun baru seminggu je, kira penganti baru gak lah kan.
Mak Tam tetap ceria di khemah keluarga. Kelihatan juga, mak Muk, seperti biasa sibuk melayani karenah anaknya.
Ha ini dfitunjukkan wajah Zura (Anak Mak Long) yang masih single and available. Kalau berminat sila hantar resume kepada saya ye!
Pandangan sisi. Tapi yang tudung biru tu tak boleh. Anak dah dua. Nama suami dia Mazli. Ha ha ha.
Macam biasalah. Penyanyi tetap keluarga Hj Bador. Mempersembahkan.... ATAM.
Upacara memotong kek. Mak Usu menyuapkan kek kepada Busu.
Giliran Busu pulak menyuapkan kek kepada Mak Usu.
Raja Sehari berposing di hadapan kek Pengantin.
Suamiku juga tidak ketinggalan menyumbangkan suara dengan lagu 'Pamit'.
'Handsome' gak laki aku ni. Tak leh puji lebih-lebih kang melarat kang!
Foto keluarga dirakamkan. Mood Dhafir masih suram sebab baru bangun tidur.
Amy dan Mala mendendangkan lagu. Pewwwiiitttt!
Barisan Alumni yang sudah mula bergerak meninggalkan khemah alumni TMS di tepi Dewan.
Lagi barisan Alumni TMS.
Posing Istimewa daripada pasangan raja Sehari. Wh ini boleh masuk majalah Manggis nih!
Lagi posing istimewa. Menyorok kat belakang bunga. Ini untuk tontonan 18 Tahun Ke Bawah sahaja.
Pengantin tertawa selepas aksi tadi.
Ini pun untuk Bawah 18 Tahun Sahaja.
Acoy dan Anakanda Dhafir yang dikasihi.
Amir dan Angah berkaraoke sambil diiringi penyanyi latar tidak berbayar.
Anagh dan Amir menyampaikan lagu "Ketahuan".
Pasangan Raja sehari bersalaman dengan Atuk dan Wan yang dikasihi.
Pengantin Perempuan kelihatan mengesat air mata. Mungkin ada sesuatu yang menyentuh hatinya.

Pasangan Raja Sehari mula melayani tetamu yang masih ada di luar dewan TMS.
Atuk & Wan begitu juga masih sibuk melayani tetamu-tetamu yang hadir di Dewan TMS ini.
DJ bertugas mengadakan sesi wawancara bersama Pengantin Perempuan.
Haa ini sorang lagi. Namanya Aryanti. Panggil Yanti je. Single and of course available. Tapi kalau nak dia untung sebab siap dengan pakej 4 anak. He he he. Kalau berminat jangan lupa contact saya!!!
Pegantin bergambar dengan Alumni TMS yang berkesempatan hadir.
Entah apa yang menggelikan hati Mmi dan Yanti. Tak ado kojo lain Acoy ni, memang mengusik orang yo!
Sudut hadiah yang diberikan kepada Pengantin oleh Jemputan.
Pasangan Pengantin beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

SESI BERGAMBAR BERSAMA KELUARGA

Bersama Keluarga Aryanti
Bersama Keluarga Mazli & Mimi
Bersama Hilmi dan Ida
Bersama Keluarga Pak Lang & Mak Lang
Bersama Keluarga Cik Ujang & Cik Rodi
Bersama Keluarga Amuk & Mak Muk
Bersama Keluarga Pak Andak & Mak Andak
Bersama Keluarga Atam & Mak Tam
Bersama Keluarga Cik Ahmad & Cik Sepiah
Bersama Acoy & Saya
Ha dapat tangkap gambar Busu menguap!
Bersama Keluarga Mak Ngah (Ibu Saya) Kak Ina dan Saya.

Bersama Mak Ngah & Dayah
Bersama Mak Long & Pak Long

Gambar Abang Sibi & Kak Ina
Gambar beramai-Ramai
Gambar beramai-Ramai
Gambar Beramai- Ramai
Bersama Abang Sibi & Kak Ina
Bersama Atuk & Wan
Gambar Comel Dhafir Amri

Gambar Bersama di perkarangan Dewan TMS
Bergambar bersama Raja Sehari.

4 ulasan:

[Infected] berkata...

Kak Noi.. buat dekat picture bleh comment.. baru best.. =))

apiz here!!

Mohd Khairuan (Iwan@E1) berkata...

Terima Kasih buat semua.

Maaf atas kekurangan & kelemahan pada majlis tersebut.

Drpd;
Busu & Mak Su

Cikgu Noraini berkata...

Meriahnya perkahwinan yang diuruskan oleh sanak saudara. Warna tema yang cantik dan tidak keterlaluan begitu harmoni..

Cikgu Noraini berkata...

Meriahnya perkahwinan yang diuruskan oleh sanak saudara. Warna tema yang cantik dan tidak keterlaluan begitu harmoni..