Ahad, 21 Disember 2008

Majlis Khatan Anak Lelaki PUU MPS

13 Disember 2008 - Satu Majlis Kenduri Doa Selamat, Tahlil Arwah telah diadakan pada hari Sabtu selepas Maghrib oleh En Hanizam Ahmad (Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Seremban). Majlis ini telah dijalankan di kediaman ibu En Hanizam iaitu di Rumah Rakyat Nyatoh. Majlis tersebut bersempena dengan upacara khatan anak lelaki beliau, Farhan. Namun, pada malam itu hanya Majlis Doa Selamat sahaja diadakan, manakala Farhan dilaporkan akan hanya dikhatankan di sebuah klinik di Seremban pada 15 Disember 2008. Majlis Kenduri tersebut telah dijalankan dengan meriah sekali dengan anggaran kehadiran kira-kira 150 orang.

Hanizam mengucapkan terima kasih dan syukur dengan kehadiran semua ke Majlis berkenaan dan menganggap Majlis ini adalah majlis yang sungguh bermakna kerana ini adalah untuk meraikan upacara berkhatan anak lelaki tunggal beliau. Beberapa kakitangan MPS turut hadir ke majlis berkenaan antaranya Saiful (Pembantu Undang-Undang MPS),Sukar, Haris dan Zamri. PPT di Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal, En Azizi turut hadir ke majlis tersebut.

Selepas selesai bacaan doa selamat, Farhan dan anak kepada Azizul hakim (penguatkuasa MPS) yang akan turut berkhatan di arak beramai-ramai dengan pengusung yang dibina khas untuk mereka.

Didoakan semoga Farhan akan cepat besar dan berjaya di hari muka.

- Disediakan oleh Acoy -

Farhan diusung dan di arak beramai-ramai.

Hanizam dan saudara-maranya mengusung ank lelakinya beramai-ramai.

Orang ramai menunggu di sisi jalan sehingga perarakan sampai semula ke rumah.





Majlis turut diserikan dengan pertunjukan bunga api.

Tiada ulasan: