Selasa, 9 Disember 2008

Majlis Perkahwinan Busu di Kg Gachong

Selamat Pengantin Baru
Buat
Mohd Khairuan bin Hj Bador (Busu)
&
Fatimah Syam binti Sulaiman (Mak Usu)

Gambar Majlis Perkahwinan di Kg Gachong, Kuala Pilah
Pada 6 Disember 2008
Anak-Anak yang telah bersedia untuk mengiringi Pengantin Lelaki
Dhafir & Danish menunjukkan posing sebelum berarak bersama pengantin
Tiga Dara Pingitan
Busu telah pun bersiap bersama dengan rombongan dari Kg Tanah Baru
Alan pun menjadi orang yang sibuk mengarah semua ahli rombongan agar bersiap sedia.
Amy sedang memeriksa samada 'line clear' atau tidak untuk pengantin berarak.
Ketibaan Rombongan Kg Tanah Baru di rumah Pengantin Perempuan.

Pengantin mula di arak menuju ke Rumah Pengantin Perempuan
Rombongan mengiringi Pengantin Lelaki.
Pengantin Lelaki menanti jemputan dari Pengantin Perempuan dengan penuh rasa sabar
Pengantin Perempuan mula mengorak langkah keluar bagi menyambut Pengantin Lelaki
Pengantin Perempuan didahului oleh Flower Girl.
Pengantin Lelaki meneruskan langkahan menuju ke arah Pengantin Perempuan
Pengantin Perempuan meneruskan langkah menyambut Pengantin Lelaki.
Pengantin Lelaki berhenti sambi menunggu Pengantin Perempuan tiba.
Kedua-dua mempelai menyusun kedudukan sebelum meneruskan langkah ke Rumah Pengantin Perempuan.
Kini kedua-dua mempelai sudah bersedia.
Raja Sehari memulakan langkah menuju ke rumah Pengantin Perempuan.
"Bagai Pinang Di Belah Dua", hanya itulah gambar yang dapat diberikan kepada kedua mempelai ini.
Rombongan dari Kg Tanah Baru, beramai-ramai mengiringi Pengantin ke Rumah Pengantin Perempuan.
Orang yang sudah mula memenuhi ruang jamuan di Rumah Pengantin Perempuan.
Kedua Mempelai hampir tiba ke rumah Pengantin.

Akhirnya 'Raja Sehari' tiba di Gerbang Rumah Pengantin Perempuan.
Berhenti seketika bagi membolehkan jurugambar merakamkan detik indah ini.
Menreuskan langkahan masuk ke Rumah Pengantin Perempuan.

Orang ramai menyambut Pengantin dengan penuh rasa ceria.

Pengantin hanya mampu tersenyum melihatkan kegembiraan ahli keluarga serta kemeriahan majlis perkahwinan ini.
Pengantin bersedia untuk naik ke atas Pelamin.
Bergambar Di Atas Pelamin.
Pengantin bergambar bersama Pengapit.
Pengantin duduk dengan penuh tertib di atas Pelamin.
Flower Girl turut sama duduk di atas Pelamin menghiasi keindahan Pelamin berlatarbelakangkan warna emas yang cukup menawan.
Pasangan Merpati dua sejoli.
Alan mengusap peluh di dahi Busu. Panas tu.

Orang ramai yang turut menyaksikan Pengantin di Pelamin.
Para tetamu mula mengambil tempat untuk makan.

Rombongan dari Kg Tanah Baru naik ke atas rumah Pengantin bagi meletakkan barang-barang hantaran.

Barang hantaran Pengantin Perempuan berlatarbelakangkan warna biru.
Mak Long dan Mimi.
Lihatlah kemeriahan suasana Perkahwinan Busu ini....
Mazli dan Atam dengan gaya tersendiri.
Antara wajah saudara mara dari Kg Tanah Baru yang kelihatan di perkarangan Rumah Pengantin Perempuan.

Bapa Saudara Pengantin Perempuan membacakan doa.
Pengantin turut menadah tangan mengaminkan bacaan doa. Semoga diberkati Allah hendaknya.
Petugas-petugas katering sedang menyiapkan hidangan di meja pengantin.

Kelihatan lagi wajah rombongan dari Kg Tanah Baru.
Wan menepung tawar di Pelamin.
Pengantin tetap ceria tersenyum.
Saudara-mara mula menepung tawar.


Mak Lang turut mengambil peluang untuk menepung tawar.

Kini giliran Pak Long pula menepung tawar kepada Pengantin.
Pak Lang juga tidak melepaskan peluang untuk menepung tawar.
Apa lah yang diketawakan oleh si Alan tu!
Pak Andak menepung tawar.

Wazir menepung tawar. Dulu satu sekolah kan?
Salam je, jangan lebih-lebih. Mak Usu tu!!!
Acoy pun menepung tawar.
Haii.. nak posing jugak ke? Ni pun sama, jangan lebih-lebih, itu Mak Usu tu!!



Mak Ngah pun turut sama menepung tawar.

Pak Lang kali ini membawa Afiq untuk menepung tawar.

Haa... ini, tak lain tak bukan... saya lah. he he he.
Amacam? Comel Tak?

Danish, berada di tengah-tengah kesibukan orang ramai berkenduri.
Kumpulan "Gebano Kg Bukit Seri Pilah" yang dijemput untuk menghiburkan jemputan dengan pelbagai lagu asli negeri yang menarik.l
Rombongan dari Kg Tanah Baru mula mengambil tempat untuk makan.
Saya bergambar bersama anakanda Dhafir Amri.
Dhafir menunjukkan wajah comelnya.
Acoy & Danish.
Suasana di meja santapan pengantin.
Mak Long sempat memandang kepada jurugambar sambil menyuapkan makanan.
Mak Aiii... besarnya nganga mulut Atam tu!

Mak Long dengan pose istimewa. Pehh.. nampak muda 10 tahun!!!
wajah Wan yang sedang menjamu selera di meja Pengantin.

Nazri, Dayah, Farah & Shiela.


Pak Andak, diingatkan bahawa MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!! He He he.
Lagi gambar keluarga menjamu selera.
Cik Sepiah dan anak-anak.
Lagi wajah ahli keluargaku yang ceria.

Kumpulan "Gebano Kg Bukit Seri Pilah" terus menghiburkan jemputan hingga ke petang.
Penyanyi Kumpulan "Gebano Kg Bukit Seri Pilah" juga tidak henti menyumbangkan lagu kepada jemputan yang hadir
Amuk dan keluarga bergambar bersama Pengantin di Meja Makan Pengantin
Pengantin memberikan pose istimewa.
Lagi pose istimewa.
Bergambar di hadapan Kek Perkahwinan tajaan "Secret Recipe".

Saya, Mak, Dayah, Kak Ina dan Wan bergambar bersama Kedua Mempelai.

Gambar Kek oleh "Secret Recipe"

Dhafir & Asyraf
Dhafir & Asyraf
Dhafir & Asyraf
Aha.. buat apa tu?
Dhafir & Mak Usu

1 ulasan:

Yoe's berkata...

Dear EI & Syam,

Yr friendship has given me so many reason to smile..
On yr speacial day here's a toast to say..May yr wedding be the beginning of everlasting joy & happiness! Congratulations!!!

Yoe's