Isnin, 25 April 2011

Perkahwinan Hezry & Ekin : Ketibaan di Teluk Intan

Pada 24 April 2011, telah berlangsungnya perkahwinan Hezry iaitu adik kepada Pak Induk bertempat di Teluk Intan, Perak. Perkahwinan telah berlangsung dengan meriahnya di mana suami saya telah berangkat ke sana sedari jam 9.30 pagi dari Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dengan mengikuti jalan lama Kuala Selangor, suami saya dan beberapa lagi ahli keluarga tiba di Teluk Intan pada jam 11.30 pagi.

Turut sama bersama suami saya ke sana ialah Ibu Mertua saya (Mak Lang), Mak Long Samsiah, Wan Asiah, dan anak-anak kami iaitu Danish dan Dhafir.

Berikut disertakan gambar-gambar ketika suami saya dan ahli keluarga yang lain ke sana. Saya tidak dapat menyertai perjalanan ini kerana saya pula pulang ke Kampung saya bagi menghadiri kenduri Arwah Atuk Hj Bador di Kg. Tanah Baru, Johol.

Inilah Ayahanda & Ibunda Pengantin Lelaki dan juga Pak Induk
Pasangan Pengantin Hezry & Ekin

Inilah potret keluarga Pak Induk yang telah sempat dirakamkan
Ketika tiba sekumpulan ahli kumpulan Marhaban memainkan lagu atnpa henti sehinggalah ketibaan Pengantin

Walaupun telah berusia tenaganya masih kuat

Bermain dengan bersungguh-sungguh


Petugas air minuman bertungkus lumus

DJ yang bertugas menghiburkan tetamu yang hadir

Pelbagai lagu pilihan yang diputarkan oleh DJ bertugas
Tidak ketinggalan juga pemain kompang sambil marhaban tetap memainkan lagunya di serambi rumah

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: