Selasa, 29 Disember 2009

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Menjemput di Resthouse Kuala Pilah

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
25 Disember 2009
.
PENGIRING MENJEMPUT PENGANTIN LELAKI DAN ROMBONGAN UNTUK KE MAJLIS PERNIKAHAN
. Afiz yang telah bersedia untuk ke majlis pernikahannya pada petang ini
Segak dan bergaya dengan baju melayu berwarna putih lengkap bersampin
Wakil pihak perempuan yang tiba untuk menjemput rombongan pengantin lelaki
Pak Andak mengeluarkan segala wang-wang iringan termasuklah upah pengiring, upah nikah, duit adat, mas kahwin dan sebagainya
Wakil pihak perempuan membuat kiraan balas dan memeriksa senarai supaya tidak ada yang tertinggal
Pak Lang yang baru tiba daripada Seremban bertindak selaku jurucakap pihak lelaki
Atam turut sama menyertai proses ini
Akhirnya mulalah istiadat menjemput yang dibuat oleh wakil pihak perempuanBungkusan diberikan kepada Pak LangBungkusan diajukan kepada Pak Lang yang menerima jemputan bagi pihak lelaki
Pak Lang membuka bungkusan yang dibawa oleh wakil pihak pengantin perempuan
Mak Usu dilihat merakamkan detik ini Bungkusan yang dibalut dengan cukup menarik berisi sirih sebagai simbolik orang dulu-dulu berbincang
Pak Lang akhirnya bersalaman dengan wakil pihak pengantin perempuan sebagai tanda bersetuju untuk menerima jemputan

Pak Lang menunjukkan semula wang-wang iringan yang telah pun dikira di awal tadi
Kesemua anggota keluarga juga telah bersiap untuk berangkat ke rumah pengantin perempuan
Dayah dan Wan di bahagian dapur Resthouse, Kuala Pilah
Mak Andak pun ceria menanti, walaupun kelihatan sedikit risau
Afiz yang telah bersedia sejak tadi
Farah dan Nabila yang telah bersedia dengan bunga pahar di luar rumah
Busu yang berbalut lehernya, kerana kecederaan lama yang berulang
Pengiring membantu Pak Lang yang tertinggal kuncinya di dalam kereta
Akhirnya, masalah berjaya diselesaikan dan perjalanan menuju ke rumah Nurul pun bermula.....
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: