Isnin, 30 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru buat Masturah & Mustaqim

SELAMAT PENGANTIN BARU Masturah & Mohd Mustaqim

Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya majlis perkahwinan puteri sulung Kak Ngah iaitu Masturah (Along). Majlis perkahwinan ini telah berlangsung meriah di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Pn Rahmah (Kak Ngah) iaitu ibu Masturah merupakan AJK Persatuan Penduduk (KRT) di PRSP Paroi ini. Suami saya merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk di sini.

Majlis kenduri kahwin ini turut mendapat kerjasama secara gotong royong daripada sekelian AJK Persatuan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PRSP Paroi ini dan juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk dari Taman Ampangan. Majlis kenduri ini berlangsung dengan meriah meskipun hujan renyai-renyai mengiringi majlis kenduri ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Masturah dan suaminya Mustaqim. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika majlis tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: