Isnin, 2 Mei 2011

Family Day RAIS Kembali.....

Assalamualaikum WBT serta Salam 1Malaysia;

Khusus buat semua ahli keluarga RAIS yang dikasihi. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Hari Keluarga RAIS akan berlangsung sekali lagi buat tahun 2011. Setelah selesai kita berhari keluarga pada bulan Disember 2010 dengan jayanya, kini sekali lagi kita berhari keluarga untuk tahun 2011 ini pula.

Untuk makluman semua Hari Keluarga RAIS pada tahun 2011 ini menjanjikan beberapa kelainan, antaranya:

Pertamanya; pada tahun ini menyaksikan kepulangan Achik Julie dan anak-anak untuk menyambut sama Hari Keluarga bersama kita.

Keduanya; akan berlangsung kenduri doa selamat dengan niat menjamu penduduk Kg. Sungai Buloh seekor lembu oleh Pak Tam Rosli (Selik).

Ketiganya; ceramah agama akan menampilkan YBhg Ustaz Norazman Mohamad, Imam Masjid Kelana Petra Sendeng, Jalan Jelebu, Ampangan.

Keempat; buat pertama kalinya majlis akan berlangsung di Kg. Sungai Buloh,

Kelimanya; beberapa khemah jamuan serta khemah tempat tidur akan dipasang untuk keselesaan semua (bagi mengelakkan insiden tidur di tangga depan rumah berulang).

Sebenarnya banyak lagi kelainan yang dijanjikan, cuma tidak dapat saya sebutkan kesemuanya. Cuma satu harapan saya, agar kesemua ahli keluarga RAIS dapat meluangkan masa untuk bersama di dalam keraian Hari Keluarga bagi tahun 2011 ini. Tentang yuran penyertaannya, pasti akan saya maklumkan dalam sedikit masa lagi selewat-lewatnya ketika kenduri doa selamat sebelum Apak Sidek mengerjakan umrah. Tidak silap saya kenduri nak diadakan pada 7 Mei 2011 ini di kediaman Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dengan ini saya selaku Pengerusi Tetap mengumumkan bahawa HARI KELUARGA RAIS bagi edisi 2011 akan berlangsung pada 24 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011 bertempat di KG. SUNGAI BULOH, SIMPANG DURIAN, JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Dengan ini semua ahli keluarga diharapkan dapat merancang percutian anda agar dapat kita berkumpul bersama sekali lagi, Insya Allah.

Sekian dari saya, jumpa lagi di lain masa!!!

Yang benar & ikhlas:

Syamsul Amri bin Hj Ismail

Pengerusi Tetap

Keluarga RAIS

Inilah lokasi Family Day RAIS 2011Lokasi di mana khemah tempat tidur yang bakal dipasang
Suasana yang dirakamkan dari hadapan rumah Ajoy & UdoDi halaman ini akan dipasang 2 unit khemah 20x20 untuk tempat makan


Disediakan oleh : Pengerusi Tetap HK RAIS

Tiada ulasan: