Isnin, 11 Oktober 2010

Selamat Hari Lahir buat Kembar (Adik Piji & Kakak)

Pada 8 Oktober 2010, genaplah 18 tahun umur adik ipar saya iaitu Syamsul Hafizi Ismail (Adik Piji) dan Syamira Hafiza (Kakak). Kembar ini menyambut ulangtahun ke lapan belasnya dalam suasana cukup sederhana di Panchor. Namun, apa yang meriahnya adalah apabila kedua-dua nya menerima hadiah Jam Tangan jenama J.Bovier (JB) yang merupakan jenama terkemuka berasal daripada Paris.
.
Kedua-duanya menerima jam dari jenis yang sama. Hadiah ini dihadiahkan khas oleh Abang Longnya iaitu Syamsul Amri Ismail (ACOY laa).
.
Saya pula, apa lagi, menghadiahkan kek harijadi untuk kedua-duanya....
.
Apa pun Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan dan didoakan semoga panjang umur dan murah rezeki!!!
.
Inilah kek yang saya hadiahkan untuk kembar
Bergambar di hadapan kek harijadi
Suasana ceria di hadapan kek harijadi
Berposing sebelum memotong kek
Eh..eh... DHafir pun sibuk gak menyelit kat tengah-tengah
Menanti kek dibahagi-bahagikan!
Kek yang dah dibelah, dinyalakan api, sebab budak-budak kecik tetap nak tiup gak kek tu!
Dzaqwan yang bermuka sedih sebab baru lepas kena marah dengan abahnya sebab tak duduk diam!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: