Isnin, 25 Mei 2009

Danish & Iqbal di Sukan Menunggang di Seremban !

Pada 1 Mei 2009 yang lalu, Danish dan Iqbal (anak saudara Acoy) telah terpilih untuk menyertai acara sukan bebas (sukan menunggang) yang berlangsung di Seremban Parade, Seremban. Acara ini memerlukan kekuatan dan ketahanan mental memandangkan aksi yang diperlukan melibatkan keseimbangan badan serta keupayaan mengawal beberapa ekor binatang yang bakal ditunggang. Danish dan Iqbal diberi peluang memilih sendiri binatang-binatang yang ingin ditunggang!
Kelihatan Iqbal sedang warming up sebelum bersedia menjalankan aktiviti sukan Wajah Danish & Iqbal yang sudah tidak sabar-sabar ingin bersukan menunggang....
Akhirnya mereka berjaya menyertai sukan menunggang ......... sukan ini berlaku spontan apabila mereka berlumba sesama sendiri di trek yang baru dibina.
Mereka juga bebas untuk menunggang ........... ke mana sahaja asal tidak membahayakan pengguna-pengguna yang lain.

Mari kita lihat aksi mereka!!!!






Dilaporkan oleh : EDITOR BLOG

Tiada ulasan: