Isnin, 25 Mei 2009

Majlis Kahwin Member Acoy di Port Dickson !

Mohd Hanafiah ataupun lebih mesra dengan panggilan OUK di kalangan rakan-rakan kampung, akhirnya mengakhiri zaman bujangnya dengan Rafidah gadis dari Kg Pandan, Kuala Lumpur. Saya selaku rakan sepermainan bolasepak dan sepaktakraw beliau sejak dari bangku sekolah lagi tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan beliau ini.

Majlis perkahwinan beliau berlangsung cukup meriah dengan suasana Bollywood yang pastinya tidak pernah dapat dibayangkan oleh kami selaku rakan-rakan beliau.

Majlis berlangsung mulai jam 1.00 petang 24 Mei 2009 di Dewan Convention, Hotel Glory Beach Port Dickson. Majlis ini dihadiri lebih 1,000 orang jemputan.

Saya dan keluarga dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Hanafiah dan keluarga. Steady lah Ouk! Memang grand majlis kahwin kau!!

Gambar Pengantin ibarat "Pinang DiBelah Dua"
Dewan Convention Hall, Glory Beach, Port Dickson, sebelum ketibaan orang ramai

Orang ramai mulai masuk ke dalam Dewan

Tempat duduk di hadapan mulai penuh

Pasangan Pengantin diiringi kumpulan pemuzik ala "scottish" daripada Kuala Lumpur

Orang Ramai yang memenuhi Dewan tidak sabar untuk melihat wajah Pengantin Baru dari dekat

Tetamu yang hadir semakin ramai

Akhirnya Pengantin Baru sampai dan melalui dengan penuh sabar di laluan utama

Pasangan Pengantin melangkah naik ke atas Pelamin

Pasangan Pengantin bersanding dengan penuh bergaya
Saya bergambar bersama En Safa'in (Cik Pie)

Dari kiri: Ibu Mertua saya, Isteri saya dan Ibu saya yang turut hadir ke Majlis Perkahwinan yang gilang-gemilang ini.
Hanafiah sempat menjeling ke arah isterinya

Pasangan ini sabar bersanding di atas pelamin
Imam Surau Pancor, En Nasuludin (Cin Atan) membacakan Doa Selamat
Abang dan Ibu kepada Hanafiah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada sekelian tetamu yang hadir
Pasangan Pengantin di ruang makan utama

Majlis dihiburkan dengan Kumpulan Tarian "Bhangra" yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.
Disediakan oleh : ACOY

Tiada ulasan: