Isnin, 25 Mei 2009

Happy Birthday Dhafir Amri ( 2 Tahun ) !!

Satu Majlis Sambutan Hari Lahir anak kami iaitu Dhafir Amri bin Syamsul Amri telah diadakan pada 16 Mei 2009 bertempat di Rumah Rakyat Pancor (Rumah Mak Acoy). Majlis yang diadakan dalam suasana yang meriah ini turut dihadiri oleh Wan, Mak Acoy, dan sekelian bapa-bapa saudara (adik-adik Acoy). Dengan ini, maka genaplah 2 tahun umur anak kami yang kedua. Danish turut sama di dalam majlis memotong kek Dhafir ini.

Danish bergambar di Restoran Mc Donald pada malam sebelum ulangtahun kelahiran Dhafir di Senawang

Danish & Dhafir telah bersiap sedia di hadapan kek yang terhidang

Masih lagi bersabar di hadapan kek khas untuk Dhafir

Kek yang didatangkan khas daripada "Secret Recipe"

Akhirnya 'birthday boy' meniup lilin kek hari lahir nya.

Dhafir dengan gaya memotong kek Hari Lahirnya


Inilah wajah kedua-dua anak kami. Danish Amri bin Syamsul Amri kini telah berumur 3 tahun dan 4 bulan. Manakala Dhafir Amri bin Syamsul Amri kini sudah genap 2 tahun. Semoga hidup kami akan terus bahagia bersama-sama telatah dan karenah mereka berdua. Mudah-mudahan...
Disediakan oleh : YAT

Tiada ulasan: