Rabu, 23 November 2011

Konvo TBK KEMAS DUN Lenggeng : Album 1

Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS DUN Lenggeng 2011

Pada 13 November 2011 telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tabika KEMAS DUN Lenggeng. Majlis ini telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, Lenggeng mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.


Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Turut sama hadir ke dalam majlis ini adalah En Abdul Manaf bin Ujang, Pengerusi JKKK Kg Panchor dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Tabika KEMAS Panchor.


Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar ketika majlis tersebut berlangsung.


(Dipetik daripada blog Ketua Penerangan UMNO Pancor iaitu, suami saya. Di dalam majlis ini, anak-anak kami iaitu Danish Amri dan Dhafir Amri turut sama menerima sijil konvokesyen. Harap maklum. Terima kasih.)
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: