Ahad, 4 Januari 2009

Galeri : Rumah Pancor Berwajah Baru!!!

Mulai November 2008 yang lalu, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian kecil (minor renovation) telah dilakukan bagi memelihara, fasad dan struktur rumah ibu mertua saya (mak Acoy) di Pancor. Pengubahsuaian dan pembaikan ini benar-benar telah memberikan impak yang berbeza dan lebih ceria kepada Rumah Pancor, bagi menjadikan rumah ini lebih selesa dan kondusif. Sementelahan lagi rumah ini sememangnya menjadi tumpuan dan pusat berkumpulnya keluarga dan sanak saudara Acoy yang agak ramai jumlahnya terutama semasa musim perayaan. Dengan ini saya akan berkongsi beberapa gambar setelah selesai pengubahsuaian dan pembaikan dijalankan, di Rumah No 378, Rumah Rakyat Pancor, Paroi 70400 Seremban.


PEMANDANGAN DARI LUAR RUMAHIni pemandangan dari hadapan rumah.
Pemandangan dari sisi rumah.
Sejarah telah tercipta. Buat pertama kalinya, grill di pasang di rumah ini buat pertama kalinya sejak mula rumah ini diduduki pada tahun 1982.
Gambar grill ini jika dilihat dari dalam rumah.

RUANG TAMU

Di ruang tamu ini khas disiapkan untuk tetamu yang datang. Tiada TV diletakkan bagi memudahkan perbincangan keluarga atau tetamu yang datang berbual tanpa ada sebarang gangguan. Pintu yang ada di sudut tepi ruang tamu juga telah ditutup dan dijadikan dinding bagi mengoptimumkan ruangan depan sebagai Ruang Tamu yang ekslusif dan selesa. Dinding yang berlekuk-lekuk sejak sekian lama juga telah diratakan dengan menggunakan plaster. Siling papan yang telah uzur dan kusam pula telah diganti dengan siling plaster.


Di waktu malam, ruang tamu ini kelihatan ceria dengan pemasangan lampu downlite dan lampu hiasan yang ceria.
Kelihatan pintu yang menghubungkan ruang tamu ke dapur. Dengan adanya dinding ini, kehadiran tetamu tidak lagi mengganggu aktiviti di dapur, kerana penglihatan sudah dihadang dengan dinding.






RUANG REHAT MENONTON TELEVISYEN
Ruangan yang sebelum ini terdedah kepada tetamu yang hadir dan boleh mengganggu keselesaan ahli keluarga yang sedang menonton TV dan juga mengganggu keselesaan tetamu dek kerana volume TV yang kuat (adakalanya) dapat diselesaikan dengan penyediaan ruang 'berhadang' ini. Kali ini keselesaan benar-benar dirasai.





RUANG LALUAN KE DAPUR DAN BILIK AIR
Ini bilik air yang kelihatan kemas dan rapi. Kelihatan lebih selesa dari luar.
Ruang laluan yang tidak lagi kelihatan sempit. Ditambah dengan tile yang berwarna cerah, dapat melebarkan lagi imej yang dipaparkan seolah-olah ruang ini dilebarkan walaupun sebenarnya tiada perlebaran dibuat.

BILIK TIDUR FADZLY & ADIK PIJI
Bilik tidur ini yang dahulunya menjadi bilik tidur Acoy, juga telah diubah sedikit dengan saiznya dipanjangkan sedikit. Bilik ini menjadi luas dan selesa. Dibilik ini kini dijadikan sebagai bilik Tayangan VCD dan DVD, malahan dijadikan pusat permainan PS2. Tiada lagi gangguan, malah dapat melayani hiburan dengan penuh privacy. Bilik ini dah pun sesuai kini untuk dijadikan sebagai Bilik Pengantin.



BILIK TIDUR UTAMA
Bilik ini dahulunya menjadi bilik tidur Abah dan Mak. Bilik ini juga dijadikan sebagai bilik mengaji dan bilik solat utama. Bilik ini kini menjadi Bilik Tiduk Mak dan Kakak. Bilik ini juga menjadi sangat kemas dengan pengwujudan almari 'wardrobe' bagi membolehkan tiada lagi almari senget mahupun baju yang bergantungan yang mencacatkan pandangan mata. Segalanya nampak tersusun dan kemas.







RUANG TAMU DI DAPUR
Ini menjadi tempat lepak rasmi keluarga. Namun, sebenarnya tiada perubahan yang dilakukan di sini. Cuma satu set sofa diletakkan di sini bagi memberi lebih keselesaan untuk sesi perbualan keluarga dan tempat lepak utama ini.


Semoga dengan paparan-paparan ini dapat merungkaikan kerinduan semua ahli keluarga yang masih lagi belum berkesempatan untuk ke Pancor bagi melihat wajah baru Rumah Pancor ini.

Sekian dan Terima Kasih

Tiada ulasan: