Selasa, 21 September 2010

Suasana Aidil Fitri : Solat Sunat Aidil Fitri

Suasana Aidil Fitri 1431 Hijrah
Solat Sunat Aidil Fitri
Di Surau An-Nur Kampung Pancor
10 September 2010
.
.
Seperti kelaziman, kami sekeluarga mengerjakan solat sunat Aidil Fitri di Kg. Panchor. Suami saya telah pergi seawal jam 8.00 pagi bagi menyertai Takbir sebelum bermulanya Solat Sunat Aidil Fitri. Seperti biasa juga Solat Sunat Aidil Fitri di sini telah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Surul bin Miri.
.
Sebelum solat sunat Aidil Fitri, Ustaz Surul tidak terlupa mengingatkan cara dan kaedah solat sunat yang bakal dilaksanakan. Beliau turut menyampaikan khutbah hari raya sebaik sahaja selesai solat Sunat Aidil Fitri. Sebaik sahaja selesai khutbah, Ustaz Surul telah mengetuai majlis tahlil arwah dan doa selamat.
.
Suasana ketika semua jemaah baru tiba untuk mengerjakan solat Sunat Aidil Fitri
Semua jemaah melafazkan Takbir sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa
Menanti ketibaan Imam
Surau sudah mulai penuh hingga ke luar surau
Ustaz Surul menyampaikan taklimat ringkas
Ustaz Surul tampil menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Fitri
Ustaz Surul ketika menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Fitri
Semua yang hadir mendengar khutbah yang disampaikan
Setiap amanat dan nasihat disemat dan dipahat di dalam hati dan sanubari
Ustaz Surul ketika mengetuai majlis tahlil arwah dan doa selamat
Bersalaman sebaik sahaja selesai majlis tahlil dan doa selamat
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: