Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 8 : Beraya Di Rumah Mak Lang Di Ulu Bendul

Kembara Hari Raya 8
Berhari Raya di Rumah Mak Lang & Pak Lang
Di Taman Ulu Bendul, Kuala Pilah
12 September 2010
.
.
Daripada Kg Tanah Baru, Johol kami telah singgah di rumah Pak Lang dan Mak Lang saya di Ulu Bendul. Setibanya di sana Wahid dan Pak Lang baru sahaja keluar ke Giant Senawang bagi mencari barang-barang keperluan rumah kerana Wahid akan mula bekerja keesokan harinya, maka barang keperluan perlu disediakan sebelum meninggalkan isterinya Lin di Ulu Bendul.
.
Apa yang menarik di Ulu Bendul adalah dengan kehadiran 'orang baru' iaitu anak perempuan Wahid iaitu baby Mia. Memang comel. Lahir dengan timbangan 2.5 kg. Tahniah diucapkan buat Wahid dan isteri dengan kehadiran baby sulung mereka begitu juga dengan kehadiran cucu ketiga buat Pak Lang dan Mak Lang.
.
Ketika di Ulu Bendul kami telah dilayan oleh Mak Lang, Shiela dan Farah dengan sajian Laksa. Sedap ooo! Suami saya sental Laksa tu sampai licin. Memang sedap. Sebaik sahaja selesai, kami terus beredar balik ke Seremban. Semasa ingin pulang kami telah berjumpa dengan Atam yang baru sahaja tiba untuk beraya di rumah Pak Lang dan Mak Lang
.
Baby baru Wahid dan Lin
Lenanya tidur
Saya mendukung baby Mia. Baik betul. Kata Lin, memang dia tak banyak ragam
Haa ini pulak, baby yang banyak ragam!
Inilah hidangan di rumah Mak Lang
Danish dan Dhafir makan kuih raya
Dzaqwan... walau banyak ragam namun tetap comel!
Suasana di ruang tamu rumah Mak Lang
Suasana ceria terpancar dengan kehadiran 'orang baru' di Ulu Bendul
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: