Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 17 : Beraya Di Rumah Pak Andak

Kembara Hari Raya 17
Berhari Raya di Rumah Pak Andak & Mak Andak
Di Taman Rasah Jaya, Seremban
16 September 2010

.
.
Daripada rumah Mak Long di Palong, kami terus sahaja menuju ke rumah Pak Andak di Rasah Jaya. Di sana kami telah menikmati hidangan istimewa iaitu nasi berlaukkan ketam masak lemak cili api, papadom dan lain-lain lagi. Memang best. Begitu juga diserikan dengan ketibaan Cik Ujang dan Cik Rodi sekeluarga daripada Felda Bukit Rokan, menambahkan selera makan pada malam itu.
.

Sebaik sahaja selesai di Taman Rasah Jaya, rombongan Bukit Rokan terus sahaja bergerak ke rumah kami di Taman Bandar Senawang untuk beraya di sana pula. Terima kasih di atas kesudian hadir ke kediaman kami ini...
.

Di antara lauk yang telah dihidangkan untuk semua
Kelihatan Mala dan Cik Ujang makan di meja utama
Berselera semua makan nampaknya. Makan kat rumah Pak Andak ni memang best!!
Cik Rodi yang makan di sofa

.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: