Isnin, 27 September 2010

Jamuan Rumah Terbuka Taman Bandar Senawang

Pada tahun ini, kami sekeluarga telah merancang untuk tidak mengadakan rumah terbuka seperti tahun-tahun sebelumnya disebabkan jumlah sahabat-handai dan saudara-mara yang ramai maka kami telah mengadakannya secara berperingkat-peringkat. Dengan cara ini kami boleh mengadakan majlis dalam suasana santai dan tidaklah memenatkan sangat.
.
Kami telah mengadakan majlis ini melalui tiga (3) peringkat iaitu pada malam pertama 21 September 2010 yang dikhususkan buat sahabat-sahabat dan anak-anak murid isteri saya. Pada malam kedua iaitu pada 22 September 2010 untuk sahabat dan kakitangan-kakitangan saya di Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai. Dan akhirnya pada malam ketiga iaitu pada 23 September 2010, khas buat anak-anak murid debat saya daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta jiran-jiran dan sahabat-sahabat yang berdekatan
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan
.
.
Malam Pertama (21 September 2010)







Malam Kedua (22 September 2010)







Malam Ketiga (23 September 2010)








.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (A C O Y)

Tiada ulasan: