Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 7 : Beraya Di Kg Tanah Baru, Johol

Kembara Hari Raya 7
Berhari Raya di Rumah Atuk & Wan
Di Kg. Tanah Baru, Johol
11 September 2010
.
.
Bergerak daripada Kg. Batu Kikir kami terus menuju ke Kg Tanah Baru, Johol bagi beraya di rumah Atuk, Wan dan juga rumah mak saya di Kg Changgang. Di sana kami dapat menemui Atuk, Wan, Atam sekeluarga, Ateh sekeluarga, dan Pak Andak sekeluarga. Sebaik bersalaman hari raya kami telah sempat menikmati hidangan yang ada. Saya juga telah sempat masak mihun untuk hidangan semua yang ada.
.
Sebelum masuk waktu Maghrib kami sekeluarga telah bergerak ke Kg Changgang untuk mandi, berehat dan tidur di sana.
.
Dzaqwan yang sudah mula keluh kesah. Kepenatan beraya agaknya
Duduk di pangkuan abah nya
Saya yang sedang mengerjakan apa-apa yang ada di atas meja
Pasangan bahagia. Atam dan Mak Tam berkongsi pinggan makan mihun goreng
Suami saya ketika makan mihun di sebelah Atuk
Asyraf (anak Atam) pun turut tidak ketinggalan
Dzaqwan kembali ceria bila melihat kamera
Alang (anak Ateh)
Suasana keesokan paginya. Dhafir, Dzaqwan dan Danish
Memang comel dan cantik baju mereka
Memang comellah ketiga-tiganya
Dzaqwan memang tak boleh duduk diam sekejap pun!
Pelbagai riak wajah yang ditonjolkan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: